Pembangkang di Perak terpaksa menggigit jari kerana ura-ura dua ADUN dari Barisan Nasional bakal menyertai mereka nampaknya tidak menjadi kenyataan.
Sehingga selesai Menteri Besar Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir membentang belanjawan (bajet) 2014 di sidang DUN hari pertama hari ini (Isnin) pada jam 1.35 tengah hari, semua wakil-wakil rakyat BN kekal.
Di pihak pembangkangpun kesemua 28 orang wakil-wakil mereka kekal tidak berganjak dalam Pakatan Rakyat.
Maknanya DUN Perak kekal status quo iaitu 31 BN manakala Pakatan Rakyat, 28 orang.
Maknanya DUN Perak kekal status quo iaitu 31 BN manakala Pakatan Rakyat, 28 orang.
Kesimpulannya ura-ura ini hanyalah gimmick pembangkang untuk mencuri perhatian sempena pembentangan bajet oleh Menteri Besar. Selain itu mereka dilihat cuba menganggu momentum kerajaan BN yang berada di paras tertinggi ekoran keputusan cemerlang PRU ke13.
Bagaimanapun 28 wakil-wakil rakyat pembangkang (18 DAP dan selebihnya PKR dan PAS) tidak pulang sia-sia kerana mereka turut mendapat tempias dari bajet yang dibentangkan.
Dr.Zambry memulakan pembentangan bajet 2014 iaitu genap 6 bulan 20 hari selepas PRU ke13 pada 5 Mei lalu ,pada jam 11.45 pagi sehingga berhenti pada jam 1.35 petang.
Pada pertengahan ucapan,beliau berhenti sekejap mengambil angin dan meneruskan dengan tidak siapa menjangkakan dengan berkata:"Untuk itu, buat pertama kali nya mulai 2014 , kerajaan negeri akan meluaskan bantuan bulanan Pusat Khidmat ADUN merangkumi kesemua 59 Pusat Khidmat ADUN termasuk kawasan pembangkang melibatkan peruntukkan sebanyaki RM2.12 juta atau RM3,000 sebulan setiap ADUN."
Katanya "diharapkan dengan langkah budiman ini,ianya akan disambut dengan penuh hemah oleh pihak pembangkang."
Sedang wakil-wakil rakyat pembangkang melebarkan senyuman serta berpandangan antara satu sama lain, Menteri Besar itu juga mengumumkan satu lagi berita baik iaitu kenaikan elaun saraan mulai awal tahun depan.
"Kerajaan negeri juga mencadangkan kenaikan elaun saraan ADUN daripada RM4,112.79 sen sebulan kepada RM6,000 sebulan yang dicadangkan berkuatkuasa mulai 1 Jan, 2014.
"Oleh kerana ia memerlukan kelulusan pindaan terhadap Enekmen Anggota Pentadbiran dan Dewan Negeri (Saraan) 1980,maka ia akan dibawa ke sidang dewan yang akan datang."
Dr.Zambry juga membawa berita baik kepada kakitangan kerajaan di Perak bahawa mereka akan memperoleh bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500—pembayaran akan dibuat dalam bulan Januari depan.
Bagi pemerhati politik bayaran RM3,000 sebulan untuk pusat khidmat ADUN turut meliputi semua 59 ADUN termasuk wakil pembangkang. Ia merupakan satu keputusan paling berani serta merupakan satu-satu negeri di Malaysia menggunapakai kaedah ini.
Pulau Pinang pernah mewar-warkan untuk melaksananya tetapi ia dilihat sekadar kenyataan media sahaja.
Bagi pemerhati politik bayaran RM3,000 sebulan untuk pusat khidmat ADUN turut meliputi semua 59 ADUN termasuk wakil pembangkang. Ia merupakan satu keputusan paling berani serta merupakan satu-satu negeri di Malaysia menggunapakai kaedah ini.
Pulau Pinang pernah mewar-warkan untuk melaksananya tetapi ia dilihat sekadar kenyataan media sahaja.
Dua lagi negeri diperintah pembangkang, Selangor dan Kelantan belum membiayai semua pusat-pusat khidmat ADUN—Cuma ADUN-ADUNnya saja.
Ironinya ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak selama11bulan pada 2008, mereka hanya membiayai pusat khidmat ADUN yang mereka kuasai. Kawasan BN dianak tirikan.
Perak dilihat negeri pertama di Malaysia membiayai pusat khidmat tanpa mengira politik kepartian atau kawasan-kawasan tertentu malahan diperingkat nasionalpun, BN Kebangsaan belum buat lagi.
Ketika mengulas lanjut dalam sidang media selesai pembentangan bajet, Dr Zambry menjelaskan semua wakil-wakil rakyat akan menerima bantuan bulanan mulai awal tahun tanpa mengira BN atau pembangkang.
Tujuannya kata beliau ialah bagi menaiktaraf pusat khidmat mereka supaya mereka dapat meningkatkan aktiviti kemasyarakatan di kawasan DUN masing-masing. Harapan beliau melalui bantuan ini mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Dalam ucapan lebih sejam itu,juga dianggap rekod kerana tiada gangguan dari pembangkang, menghuraikan justifikasi belanjawan kali ini.Walaupun ianya dilihat sebagai bajet deficit seperti diungkapnya, Dr.Zambry berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil pendekatan berhati-hati.
Rekod empat tahun bermula dengan bajet deficit tapi akhirnya sebelum akhir tahun kewangan seterusnya bajet itu menjadi "surplus." Katanya,kerajaan pimpinannya boleh membuat bajet surplus tapi tidak mahu kerana "deficit" tidak bererti kita terpaksa meminjam wang untuk membiayai pentadbiran kerajaan. Beliau bernada yakin bajet ini akhirnya berstatus surplus.
Bajet 2014 melibatkan belanjawan RM1,012.6 dibiayai oleh anggaran hasil dan terimaan pembangunan berjumlah RM970.14 justeru menyebabkan deficit yang dianggarkan RM42.46 juta. Berbanding bajet tahun lalu (2013) kerajaan menganggarkan deficit RM42.86 tetapi tahun ini sebanyak RM42.46 ataupun berkurangan RM400,000.
"Untuk makluman,semenjak 2009,kerajaan negeri telah setiap tahun menyediakan bajet deficit.Walaubagaimanapun,pada setiap tahun berkenaan, bajet negeri telah berakhir dengan lebihan kecuali bajet 2013 yang belum ditutupkira akaunnya.
"Hakikat ini harus dijadikan sandaran bahawa sekalipun bajet defisit yang disediakan, ia tidak semestinya berkesudahan dengan deficit sebenar (real deficit) pada penghujung 2014 kelak."
"Hakikat ini harus dijadikan sandaran bahawa sekalipun bajet defisit yang disediakan, ia tidak semestinya berkesudahan dengan deficit sebenar (real deficit) pada penghujung 2014 kelak."
Sebelum menutup ucapannya,Dr.Zambry mengambil kesempatan bercakap tentang taburan janji serta semangat tanggungjawab semua pihak. "Jangan semata-mata kerana sokongan, kita merelakan perkara yang boleh membawa kepada kehancuran kestabilan politik.
"Jangan menghamparkan harapan yang tidak mampu dipenuhi. Jangan asal menang,ada yang sanggup menjanjikan bulan dan bintang. Jangan lah demi kuasa, nasib rakyat dan negeri menjadi galang gantinya.
"Dikhuatiri disebabkan janji parti politik yang muluk-muluk belaka,harapan rakyat tidak dapat dipenuhi .Ini pada akhirnya, menjelmakan sebuah revolusi peluapan iaitu sebuah harapan yang membuak-buak yang dijanjikan kepada rakyat tetapi tidak terpenuhi.
"Keadaan ini menyebabkan berlakunya simpang siur politik yang tidak berkesudahan. Dalam kekacauan politik yang berlaku , parti-parti politik akan terus menawarkan janji yang tidak akan mampu memenuhi harapan rakyat hanya untuk mendapatkan semula kuasa. Kerajaan akan silih berganti, pergolakan politik mula menular kepada gugatan keamanan dan keselamatan.
"Suburnya revolution of rising expectations bukan satu hipotesis tetapi telahpun berlaku didepan mata kita seperti di Greece dan beberapa negara di Latin Amerika. Meskipun para pemimpin dan kerajaan silih berganti,negara masih terus bergolak.
Manifesto yang dijanjikan terus diperbaharui dengan harapan-harapan yang mustahil dapat diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan."
Manifesto yang dijanjikan terus diperbaharui dengan harapan-harapan yang mustahil dapat diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan."
Dr.Zambry mengingatkan implikasi jika rakyat terpedaya dengan pelbagai janji kosong."OLeh yang demikian,proses yang cukup sukar bagi seseorang ahli politik ketika ini adalah untuk mengimbangi diantara tuntutan dan harapan berikutan wujudnya the revolution of rising expectations.
"Sekiranya ini tidak ditangani dengan baik, maka STREETOCRACY (demonstrasi jalanan) akan menggantikan demokrasi, dimana rakyat akan menggunakan demonstrasi jalanan bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih melalui proses demokrasi sepertimana yang berlaku di bumi Mesir,"katanya.
Esok (Selasa), wakil-wakil rakyat dari kedua-dua belah akan membahas ucapan belanjawan.
No comments:
Post a Comment