Wednesday, May 21, 2014

6 Wanita Yang Tak Boleh Dijadikan Isteri

ADA begitu banyak wanita di dunia ini. Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping. Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita dengan kriteria yang tak boleh didekati dan bahkan dijadikan istri. Siapa saja mereka?

Berikut ini adalah kriteria wanita yang harus dijauhi oleh lelaki, dan jangan jadikan sebagai isterinya:

1. Wanita “Ananah” : wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.
 
2. Wanita “Mananah” : wanita yang suka menidakkan usaha dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita “Hananah” : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya dahulu) yang dikawininya sebelum sekarang, atau kepada anak dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita “Hadaqah” : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya, selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat pusing kepala lelaki. Dia ingin apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nunjuk.

5. Wanita “Basaqah” : ada 2 makna:
a. Pertama : wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada dunia. Suka melawan. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh melebihi dari dirinya.

b. Kedua: dia marah ketika makan, dan tidak mau makan kecuali diasingkan dengan yang lain dan disendirikan bahagiannya.

6. Wanita “Syadaqah” : Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya.

[Sumber dari Ihya Ulumuddin – Imam Al Ghazali]

5 comments:

mr.p said...

Manusia boleh berubah. Baik kpd jahat ataupun sebaliknya.

Imam ghazali terlalu prejudis.

Anonymous said...

Astaghfirullahaladzim.. mr.p.. kau sapa nk hina Imam2 Ulamak2 terdahulu? kehebatan dan hati jernih mereka pd ilmu dn Agama jgn harap secebis pun ada pd org2 mcm kau dan org2 zaman skrg yg lalai dan makan mcm2 benda haram!!

Jgn jd spt mana Rasulullah bersabda semakin hampir dgn kiamat bila manusia jahat semakin ramai.. salah menyalah pd Ulamak terdahulu, tak sedar diri zaman ini lah zaman fitnah. org dduk zaman ini jgn berlagak pandai lah utk menyaingi kehebatan ulamak terdahulu. Takut neraka Allah jgn ckp sebarangan nnt Allah tak Pandang!!

Anonymous said...

Saya rasa Imam Ghazali akan lebih gembira kalau kita mampu bersuara atas pendapat beliau dan memberi pendapat kita sendiri. Kita boleh setuju atau tidak dengan pendapat beliau. Ini ialah hasil karya beliau yang mana sudah semestinya terbuka untuk di nilai dari masa ke semasa. Memang kita tidak sehebat beliau. Memang kita ini tarafnya longkang sahaja jika di bandingkan dengan beliau tetapi ada perkara yang beliau dan kita sama taraf. Kita dan beliau sama-sama manusia dan dengan ini sahaja sudah cukup untuk kita boleh berbeza pendapat.

Pada saya keseluruhan perkara ini bukan bermakna perempuan tersebut tidak boleh di jadikan isteri tetapi lelaki itu sendiri yang tidak boleh dan tidak layak menjadi suami jika tidak mampu untuk mengawal isteri-isteri yang bersifat di atas.

Rasanya kita semua sudah maklum kebanyakkan perempuan mempunyai sifat-sifat di atas (seperti kegemaran berhias - ini memang sifat semulajadi wanita) cuma quantumnya berbeza-beza dan bagaimana si suami boleh menerima keadaan tersebut. Semua sifat-sifat di atas perempuan ada sedikit sebanyak.

Jadi para bakal suami periksalah diri sendiri dahulu sebelum mengatakan wanita di atas tidak boleh di kahwini kerana sebenarnya dengan mengatakan demikian lelaki sendiri mengakui sifat lemah lelaki itu sendiri yang mana dengan ini secara terusnya menunjukkan lelaki tersebut tidak layak di buat suami.

Sebaliknya tajuk yang lebih sesuai untuk artikel ini ialah
"Lelaki yang tidak boleh di jadikan suami - Lelaki yang gagal mengawal isteri yang bersifat Ananah, Hananah, Mananah, Hadaqah, Basaqah dan Syadaqah"

Unknown said...

Mohon Laluan Tuan Untuk Kenyataan Media Pembela berkenaan sikap tidak sensitif sesetengah pihak terhadap agama Persekutuan

http://www.bangkit.info/2014/05/kenyataan-media-pembela-berkenaan-sikap_24.html

Terima kasih atas ruang kebenaran.

Anonymous said...

Lelaki dan pompuan pun same je skrng ni.. Nk salahkan siapa.. Hehe.. Nk berdebat psl benda ni tkkan habis.. Yang penting jaga diri sendiri.. Dah ketentuan dari Allah SWT dunia akhir zaman ni.. Circle dunia ni dh smpai tahap terakhir.. Nk kiamat.. Jaga diri sndiri.. Kluarga.. Utk yang dah kawin.. Yang masi bujang tu.. Bagi nasihat supaya tk hanyut jauh2.. Sory ye brader.. Semua suda Allah SWT tulis kt lauh Mahfus.. Dari awal hingga Akhir.. Luruskan akidah masing2.. Bnyak beri nasihat kt anak2.. Saudara2.. Kwn2.. Cukup... Asslm.

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...