Saturday, August 8, 2015

Khusairi Balun Tuan Ibrahim! Jawap la!

Soalan-soalan balas kepada Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS) yg bertanya pelbagai soalan berkaitan wang RM2.6 billion yang masuk ke dalam akaun Perdana Menteri :

1. Adakah Tuan Ibrahim masih ingat seorang peneroka Jengka 13, Pahang bernama Mahmud A. Rahman yang kini berusia 58 tahun?

2. Tahukah Tuan Ibrahim bahawa Mahmud telah menyertai tanah rancangan Felda sekitar awal 1980an, dan telah hampir 27 tahun memerah keringat dan air mata di tanah ladangnya seluas 10 ekar dan tinggal di rumah atas tapak seluas suku ekar bersama keluarganya?

3. Masih ingatkah Tuan Ibrahim bahawa pada 1 Januari 2008 Tuan telah menggunakan nama isteri Tuan untuk membeli tanah kebun seluas kira-kira 10 ekar dan rumah serta tapaknya sekali seluas suku ekar milik Mahmud di Felda Jengka 13 dengan harga keseluruhan hanya RM80,000, jauh daripada nilai pasaran?

4. Tahukah Tuan Ibrahim bahawa salah satu syarat yang dikenakan terhadap peneroka Felda adalah mereka tidak dibenarkan menjual atau menukar milikkan tanah ladang dan tapak rumah mereka kepada pihak ketiga tanpa kebenaran Menteri Besar, kecuali kepada waris terdekat?

5. Kenapakah Tuan Ibrahim melanggar peraturan Felda itu, sebaliknya mengikat pula Mahmud terhadap satu perjanjian dengan peguam, dan kos guaman antara RM5,000 ke RM10,000 dipotong pula dari wang ciput RM80,000 yang diterima Mahmud secara tiga kali pembayaran?

6. Kenapakah sebagai pemimpin kanan sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, Tuan Ibrahim tidak membantu Mahmud untuk keluar daripada masalah kewangan yang beliau hadapi, sebaliknya mengambil kesempatan secara tidak bermoral atas kesempitan orang lain?

7. Tidakkah lebih wajar Tuan Ibrahim menasihatkan Mahmud bahawa tindakannya mahu menjual tanah dengan harga RM80,000 amat merugikan, dan mengingatkan Mahmud terhadap peraturan Felda yang tidak membenarkan tanah peneroka bertukar milik kepada orang ketiga yang bukan waris terdekat.

8. Kenapakah Tuan Ibrahim terlalu kejam memaksa Mahmud meninggalkan rumah yang didiaminya sejak 27 tahun sebaik bayaran dibuat, sehinggakan Mahmud dan keluarganya terpaksa pulang ke kampung asal di Luit Maran, Pahang dalam kemelaratan?

9. Bilakah Tuan Ibrahim akan mengemukakan saman terhadap Utusan Malaysia yang menyiarkan tragedi sedih peneroka Jengka 13 bernama Mahmud ini sebagaimana kenyataan Tuan pada Mac 2011 mahu berbuat demikian selepas tewas dalam Pilihanraya Kecil DUN Kerdau?

Sebelum bertanya hal wang RM2.6 billion itu, Tuan Ibrahim jawablah dahulu soalan-soalan cepumas di atas. Tuan patut cermin diri sendiri dahulu sebelum menghalakan cermin kepada orang lain.

Sila baca 2 artikel di bawah untuk lebih jelas :

http://www.khusairitgmalim.blogspot.com/2011/03/tuan-ibrahim-pas-aniaya-peneroka-felda.html?m=1

http://www.khusairitgmalim.blogspot.com/2012/01/memang-tak-mustahil-bagi-tuan-ibrahim.html?m=1

Khusairi Tg Malim
4hb Ogos 2015

Sumber:  http://www.khusairitgmalim.blogspot.com/2015/08/tuan-ibrahim-patut-cermin-diri-dulu.html?m=1

Sent from Samsung Mobile

1 comment:

Anonymous said...

Busuknya hati. Inilah ular dalam semak PAS. Nampak alim tapi hakikatnya lebih teruk dari Yahudi.

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...