Thursday, August 27, 2015

MELAYU SANGGUP MENUMPAHKAN DARAH DARI MELEPASKAN KUASA KETANGAN CINA

Oleh Norman Fernandez, bekas Timbalan Pengerusi DAP Johor.

Pernah melihat kelahiran semula kaum Kristian atau Kristian baru? Sebagai seorang  Kristian, arahan pertama pada hari ini adalah untuk mengisytiharkan bahawa penganut agama lain semua ditakdirkan untuk ke neraka dan hanya melalui Jeasus seseorang itu boleh diselamatkan dan mengecapi syurga syurga.

Jadi usaha untuk menyelamatkan kalian telah  bermula, tidak mengapa jika selama ini mereka hidup dalam kejahilan. Ia adalah sama dengan perhimpunan Bersih yang akan datang. Ramai yang bertanya kepada saya adakah saya akan hadir. Jawapan pendek saya ialah tidak.

Tiba-tiba, saya diasak dengan tuduhan bahawa saya tidak peduli tentang hal ehwal negara dan masa depan negara ini. Menghadiri perhimpunan Bersih secara semula jadi merupakan keputusan individu itu sendiri dan ianya  boleh berasaskan oleh banyak sebab. Ianya adalah hak seseorang  untuk menghadirinya, bukan urusan saya untuk menghalang mereka.

Walau bagaimanapun, tidak ramai yang bertanya mengapa saya tidak akan hadir perhimpunan tersebut dan juga yang tidak mahu tahu sebab saya tidak mahu hadir.
Sebagai permulaan, saya mengakui bahawa Bersih bermula dengan matlamat yang mulia iaitu pembaharuan sistem pilihan raya. Malangnya, ahli politik oportunis melihat Bersih sebagai platform untuk mempromosikan diri mereka sebagai pembela keadilan.  Tiba-tiba, ahli politik yang mengambilalih perhimpunan Bersih ini.

Saya masih ingat salah seorang ahli politik yang terkenal semasa perhimpunan Bersih yang telah menghabiskan banyak masa di pinggir perhimpunan tersebut sehingga FRU menembak "water cannon".  Tiba-tiba, beliau  keluar dan muncul ke depan, ahli politik ini ingin mendapatkan kegembiraan dan beliau telah memperolehinya.

Seterusnya, beliau telah memuat naik dan mengemaskini Facebook beliau seolah-olah beliau mengetuai perhimpunan tersebut. Baginya perhimpunan Bersih itu adalah untuk agenda peribadinya.
Bagaimanapun, kini ianya cukup jelas memeranjatkan kerana perhimpunan Bersih ini kebanyakannya melibatkan kaum Cina dan khususnya belia Cina yang telah dicuci otak untuk membenci UMNO. Pada pilihan raya negeri yang lalu, kaum Cina percaya bahawa mereka boleh merebut kuasa politik tetapi malangnya mereka gagal.

Kini, seperti perhimpunan Bersih sebelum ini, ia memberikan mereka satu lagi peluang untuk melemahkan kuasa majoriti dan perlahan-lahan mereka menyelinap masuk dan merebut kuasa. Dalam jangka masa bagi menunggu perhimpunan Bersih pada hujung minggu ini, kaum Cina merupakan antara kaum yang berada di barisan hadapan mempromosikan Bersih.

Mereka giat mempromosikan Bersih di pusat-pusat membeli-belah Bersih dan juga menggunakan media sosial untuk menggalakkan penyertaan perhimpunan ini. Gambar kartun yang terdapat dalam blog dan Facebook yang sering mempunyai ciri-ciri ketimuran kini  adalah untuk memanggil semua ke perhimpunan tersebut dan mesejnya dalam bahasa Mandarin.
Untuk orang Cina, ianya merupakan satu kehormatan untuk menghadiri perhimpunan Bersih. Saya bertanya kepada ramai belia Cina tentang "Apa itu Bersih?". Kebanyakannya menjawab "Mau kasi Najib Turun". Jelas sekali, mereka tidak tahu tujuan sebenar Bersih. Terus terang saya katakan bahawa orang Cina telah mula menerajui perhimpunan ini dan majoriti orang Melayu kini jadi penonton.

Orang Cina tidak sedar bahawa, penentangan segelintir kaum Melayu adalah terhadap Najib dan bukannya terhadap UMNO. Jadi, kaum Cina yang menggunakan Bersih untuk mencapai agenda tersembunyi benar-benar bermain dengan api.
Melayu mungkin bersedia untuk menerima hakikat bahawa ekonomi mereka tidak boleh berdiri sendiri atau bersaing dengan kaum Cina, tetapi Melayu sanggup menumpahkan darah mereka daripada melepaskan kuasa politik kepada orang Cina.

Kaum Melayu semakin bimbang bahawa China akan menggunakan segmen Melayu sebagai topeng untuk merebut kuasa dan apabila ianya berjaya, mereka hanya perlu rapat kepada orang Melayu yang berkuasa.
Bagi saya, sokongan kaum Cina yang sepenuh hati untuk Bersih adalah yang paling membimbangkan. Apatah lagi mereka mendapat inspirasi daripada perhimpunan awam besar-besaran di Taiwan dan Hong Kong dan cuba untuk menirunya di sini.
Saya percaya perhimpunan Bersih pada hujung minggu ini akan membawa kepada perubahan yang sedikit, tetapi kehadiran ketara kaum Cina pada perhimpunan itu cukup untuk meyakinkan orang Melayu bahawa mereka berada pada puncak kehilangan kuasa politik, atau sekurang-kurangnya kuasa politik mereka semakin lemah.

Oleh itu, jika ada apa-apa untuk membuat orang Melayu bersatu, ianya sudah pasti perhimpunan Bersih.  orang Cina pasti gagal sekali lagi. Pada tahun 2013 kaum Cina membuat pertaruhan politik dan ianya gagal. Tiada pengakhiran dalam ketamakan kuasa  bagi kaum Cina dan bagi orang Cina perhimpunan Bersih ini merupakan platform yang bernilai sekali lagi dan mereka tidak kisah masyarakat akan menanggung kos kerosakan yang bakal dilakukan.

Jika anda telah membuat keputusan untuk menghadiri perhimpunan tersebut, ianya merupakan keputusan anda dan apa-apa kesan selepas itu adalah tanggungjawab anda semata-mata. Saya hanya boleh berharap anda pulang dengan selamat.

Norman Fernandez

Sumber : Whatsapp

Sent from Samsung Mobile

2 comments:

Anonymous said...

setakat ini kaum cina tidak ajak melayu bergaduh lagi .....pengalaman 13 Mei menghantui mereka... tetapi dalam senyap-senyap dan dengan kuasa wang yang mereka ada, mereka telah menewaskan melayu tanpa tumpahkan darah .... mereka sudah memonopoli semua bidang ekonomi negara.....bukti paling mudah: melayu sambut hari raya, cina terus berniaga....cina sambut tahun baru cina, melayu merungut tidak dapat beli barang-barang keperluan sebab cina tutup kedai..........!!!!!!!!!!!!!

Unknown said...

SAYA ATAS NAMA: IBU SANTI 'TKI' DARI SINGAPURA

=============================================
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YANG DIBERIKAN 4D.(1582) BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMDUHLILLAH
DPT 277 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SEKARANG SAYA TEMUKAN
ORANG YANG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU (AKI AGUM SARTO)
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANGSUNG ((AKI AGUM SARTO)) DI NO_0852_6188_8124_SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
INI KISAH NYATA SAYA== call (0852-6188-8124)
=============================================


CUKUP ANDA KIRIM SIARAT PENDAFTARAN AJA
LANGSUNG ANDA TERIMA ANGKA.NYA
DARI AKI AGUM SARTO

ANGKA 2D 20.0000,rb

>>=>

ANGKA 3D 30.0000,rb

>>=>

ANGKA 4D 40.0000,rb

[>>KLIK DISINI FORUM AKI AGUM SARTO<<]


A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...