Saturday, August 15, 2015

KJ minta kita jujur di MPM Manjung!

Intipati ucapan perasmian YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Sayap-sayap UMNO Bahagian Lumut. Jumaat, 14hb Ogos 2015, 9.40pm bertempat di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung.

1) Maksud berjuang. Dapat atasi krisis. Dari tidak diterima , diterima. Dari kalah hingga menang.

2) 2 tahun setengah sebelum PRU. Kalau kita ada masalah kita kena akui. Harini kita hadapi keadaan mencabar. Akar umbi kena jujur untuk suarakan realiti. Jika tidak, kemarahan rakyat akan hukum.

3) Akar umbi kena suarakan kebenaran kerana kita sayang UMNO. Bukan untuk salahkan sesiapa. Bukan tidak sokong institusi kepimpinan parti.

4) Kita anggap UMNO kuat tetapi UMNO dicabar diluar sana. Popular di kalangan UMNO bukan bermakna popular dan diterima rakyat.

5) 3 juta ahli UMNO penting tetapi 15juta pengundi lebih penting untuk PRU akan datang.

6) Ahli UMNO akan terus menyokong UMNO walau buruk macamana sekalipun. Tetapi bagaimana dengan rakyat? Yg selama ini sokong UMNO. Adakah akan terus sokong

7) Rakyat nak lihat sama ada UMNO faham kebimbangan mereka. Dengar keluhan mereka.

8) Ada yg kata UMNO telah melalui pelbagai cabaran dari dulu hingga sekarang. Kita telah dapat atasi semua ini. Jadi jangan risau krisis hari ini. Kita akan atasi.

9) Tapi pada 1987, team A & team B orang melayu tidak ada pilihan selain daripada UMNO. PRU 2000, kita dapat sokongan orang bukan melayu.

10) Tapi hari ini bagaimana keadaan. Adakah sama? Adakah kita boleh harap sokongan bukan melayu? Guru2, penjawat awam, orang atas pagar. Adakah kita yakin org melayu bersama kita? Ini perlu kejujuran yg mendalam

11) Zaman 87 dan 2000 tidak ada media sosial. Media kita boleh kawal. Tetapi hari ini kita tidak boleh kawal lagi. Betul UMNO pernah atasi krisis2 sebelum ini. Tetapi kalj ini sgt jauh berbeza.

12) Anak2 muda hari ini sangat kritikal dalam pemikiran dan tidak lagi boleh dikawal. Dalam keadaan kritikal ini kita kena muhasabah apakah penyelesaian yg sesuai dan terbaik untuk kita kembalikan sokongan rakyat kepada UMNO.

13) Kita berjuang dan berkorban untuk kemenangan parti. Tapi jika kalah UMNO maka hilanglah perjuangan Islam , Melayu dan Tanahair. Pengalaman di negeri Perak selama 9 bulan diperintah oleh Pembangkang telah mengajar kita jika tidak UMNO yg memerintah maka tidak ada perjuangan Agama, bangsa dan negara.

14) Tetapi tidak cukup dengan hanya yakinkan rakyat dengan keburukan lawan. Dalam perlawanan kita mesti menang dengan kekuatan diri kita sendiri. Mengharap kelemahan lawan bukanlah kemenangan sebenar.

15) Ada mengatakan 2 tahun cukup masa untuk kita kembalikan keyakinan rakyat. Tetapi tidak cukup.

16) Banyak soalan dilontarkan tetapi tidak ada penyelesaian diberi kerana pimpinan juga tidak tahu apa nak buat. Sebab itu kita kena kembali dengar akar umbi.

17) Kekuatan UMNO dari akar umbi. Jadi suarakanlah apa yg terbuku di hati. Gunalah pentas persidangan untuk luahkan kegusaran rakyat.

18) Apabila kegusaran rakyat jadi kemarahan, kemarahan jadi penolakan, penolakan akan berakhir dengan kekalahan.

19) Inilah masa akar umbi bangkit untuk selamatkan bahtera UMNO. Bukan pemimpim yg boleh selamatkan UMNO tetapi ahli-ahli di akar umbi

20) Walau apa pun keadaan kita kena pertahankan, selamatkan dan pulihkan satu satunya Parti yg berjuang untuk Agama, bangsa dan negara.

21) UMNO adalah milik org melayu. Ahlinya. Bukan hak milik mana2 individu. 

22) Jangan kita rasa " helpless" dalam berhadapan dengan keadaan sekarang. Kita perlu kejujuran yg mendalam, keberanian luar biasa dab pengorbanan yg pahit untuk selamatkan UMNO.


Sent from Samsung Mobile

1 comment:

Unknown said...

SAYA ATAS NAMA: IBU SANTI 'TKI' DARI SINGAPURA

=============================================
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YANG DIBERIKAN 4D.(1582) BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMDUHLILLAH
DPT 277 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SEKARANG SAYA TEMUKAN
ORANG YANG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU (AKI AGUM SARTO)
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANGSUNG ((AKI AGUM SARTO)) DI NO_0852_6188_8124_SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
INI KISAH NYATA SAYA== call (0852-6188-8124)
=============================================


CUKUP ANDA KIRIM SIARAT PENDAFTARAN AJA
LANGSUNG ANDA TERIMA ANGKA.NYA
DARI AKI AGUM SARTO

ANGKA 2D 20.0000,rb

>>=>

ANGKA 3D 30.0000,rb

>>=>

ANGKA 4D 40.0000,rb

[>>KLIK DISINI FORUM AKI AGUM SARTO<<]








A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...