Wednesday, February 22, 2012

20 Tahun 'Pergi', Sudirman Masih Tiada Pengganti


Sudirman Hj Arshad

PETALING JAYA: Hari ini (Rabu) bersamaan 22 Februari 2012, genaplah 20 tahun pemergian Sudirman Hj Arshad, penghibur nombor satu Asia. Beliau pergi meninggalkan kita ketika berusia 37 tahun.
Biarpun jasadnya sudah tiada, namanya tetap terpahat di sanubari terutama sekali kepada mereka yang pernah membesar ketika zaman kegemilangan beliau.

Berita kematian Allahyarham diumumkan ke seluruh negara oleh Radio Malaysia Rangkaian Nasional, pada satu pagi, waktu subuh.

Ia amat mengejutkan seluruh peminat tanah air. Ada yang menitiskan air mata kerana tidak percaya akan berita yang didengar itu.

Dan ternyata, pemergian Allahyarham sehingga kini masih tiada penggantinya. Tiada insan yang mampu menandingi kehebatan Allahyarham.

Beliau bukan sahaja penghibur tetapi boleh diumpamakan sepohon rendang yang lebat buahnya.
Pohon itu menjadi tempat bertaut dan tempat untuk menumpang teduh kerana sifat Allahyarham yang gemar menolong. Malah kebaikan beliau sering digunakan oleh sesetengah pihak untuk mengambil kesempatan.
Penulis lirik dan juga penerbit filem Habsah Hassan antara individu yang amat akrab dengan Allahyarham.
Lirik-lirik lagu yang dihasilkan oleh Habsah biasanya mempunyai makna tersirat menggambar hati naluri Allahyarham.

Habsah dalam diri Sudirman bagaikan kakaknya sendiri. Segala masalah di kongsi termasuklah kisah-kisah peribadi.
“Dia antara artis yang benar-benar rapat dengan saya. Dia tidak pernah menyembunyikan kisah peribadinya selain selalu meminta nasihat saya jika berhadapan dengan apa juga masalah.
Sudirman mengadakan sidang media selepas menjadi penghibur nombor satu Asia pada tahun 1989.

“Saya benar-benar sayangkan dia kerana dia adalah anugerah Tuhan yang amat luar biasa sekali,” ujar Habsah kepada mStar Online dalam satu temu bual sebelum ini.

Allahyarham adalah manusia yang amat istimewa dan antara artis contoh yang bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya tetapi dalam pelajaran.
Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang dan membesar dalam keluarga yang aktif berpolitik menerusi Umno.Ibunya Romlah Dahalan merupakan wakil rakyat wanita pertama di kawasan Temerloh. Beliau meninggal dunia ketika Sudirman berusia lima tahun.Kematian ibunya itu menyebabkan bapanya Arshad Hassan berkahwin lain sebelum meninggal dunia pada tahun 1978.

Anak bongsu daripada enam beradik ini melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-Undang di Universiti Malaya pada tahun 1976 sehinggalah berjaya mendapat ijazah dalam bidang berkenaan pada tahun 1980.
Beliau menjalani latihan amalan guaman pada tahun 1984 dan layak menjadi peguam bertauliah. Namun minatnya dalam bidang seni menyebabkan Allahyarham meninggalkan kerjayanya itu.

Sejarah dalam bidang seni Allahyarham terbuka luas apabila beliau berjaya menyandang Johan Bintang RTM yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976.

EP pertamanya dihasilkan pada tahun 1977 berjudul Teriring Dosa dan Suratku Yang Ini terbitan Warnada Records. Ia diterbitkan ketika beliau masih lagi menjadi penuntut di Universiti Malaya.


Kerjayanya seninya terus berkembang apabila EMI menawarkannya kontrak sebagai artis rakaman pada tahun 1978.

Beliau bukan sahaja mempunyai lagu-lagu yang menyentuh jiwa sebaliknya Allahyarham turut berkeupayaan menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti 31 Ogos, Tegakkan Bendera Kita dan Warisan.
Paling membanggakan pada tahun 1986 Allahyarham dilantik sebagai Duta Nyanyian Pelancongan apabila berjaya mempopularkan lagu Cintai Malaysia, Kenali Malaysia ciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat yang dijadikan tema Tahun Melawat Malaysia pada 1986.

Gegarkan Chow Kit
Kehebatannya tidak terhenti apabila mampu menjadi artis pertama negara dalam sejarahnya yang berjaya menarik lebih 100 ribu warga kota untuk menyaksikan konsertnya di Chow Kit, Kuala Lumpur secara percuma.

Penghasilan konsert itu adalah sebahagian daripada keluhuran budi Sudirman yang sanggup melayan peminatnya tanpa mengira pangkat atau darjat.

Chow Kit adalah simbol untuk mereka yang kurang berkemampuan dan di lokasi itulah Allahyarham memperdagangkan bakatnya untuk para peminat golongan tersebut supaya dapat mendekatinya dalam satu persembahan percuma.

Chow Kit dipenuhi kira-kira 100 ribu orang yang mahu menyaksikan persembahan Sudirman pada tahun 1986.

Kemuncak keagungan Allahyarham apabila beliau diumumkan sebagai Penghibur Asia Terbaik, Asia Popular Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert Hall, London pada 19 Mac 1989, mengalahkan lapan peserta negara Asia termasuk Anita Sarawak yang mewakili Singapura.
One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown menjadi tuah kepadanya dalam pertandingan itu.
Sementara menerusi pertandingan Juara Lagu pada tahun 1987, Sudirman memenangi persembahan terbaik dengan lagunya Merisik Khabar apabila tampil menggunakan pemetik api sebagai simbolik dalam persembahan itu.

Runtuhnya Istana Cinta
Seperti insan lain, Sudirman juga mahu memiliki keluarga dan memilih tarikh 14 Februari 1981 untuk mendirikan rumah tangga dengan Kamariah Jamaluddin tetapi sayangnya, mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa memiliki anak.

Penceraian itu disaksikan oleh rakan Sudirman sendiri iaitu penyanyi Norkumalasari yang menyifatkan suasana sayu menyelubungi perpisahan itu apabila pasangan tersebut tidak dapat membendung tangisan air mata tatkala cerai dilafazkan.

Dua perkara yang benar-benar menyentuh hati Sudirman dalam hidupnya iaitu kematian ibu tersayang dan kegagalan perkahwinan yang dibina.

Bukan Kerana HIV
Kematian Sudirman dikaitkan dengan pelbagai spekulasi sehinggalah ada pihak yang membuat tuduhan kononnya beliau dijangkiti HIV.

Allahyarham sebenarnya meninggal dunia akibat penyakit paru-paru yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna selain turut dikaitkan dengan penyakit misteri.

Malah Habsah Hassan dan juga wartawan veteran Utusan Malaysia, Bahyah Mahmod antara individu yang diberi peluang menatap jenazah Allahyarham pada hari kematiannya.

Imej Jalur Gemilang begitu sinonim dengan Sudirman ketika membuat persembahan.

Kata Habsah , tubuh Allahyarham begitu kecil seperti seorang kanak-kanak. Mungkin atas sebab itulah dia enggan gambarnya dirakamkan sewaktu sedang sakit kerana tidak mahu peminatnya meratapi ujian yang dihadapi itu.

Sudirman bagaikan sudah mendapat petanda dia sebenarnya tidak boleh hidup lama. Lagu Salam Terakhir yang ditulis oleh Manan Ngah sementara lirik oleh Habsah itu menggambarkan yang dia akan pergi buat selama-lamanya.

Kemuncak kejatuhan Allahyarham dalam kerjaya seninya bermula pada 17 Julai 1991 apabila dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Tawakal, Kuala Lumpur selama empat hari selepas dikatakan pengsan akibat terjatuh.

Selepas peristiwa itu, Sudirman sukar dijejaki apabila keluarganya merahsiakan lokasi tempat beliau mendapatkan rawatan.

Selama tujuh bulan peminat tertanya-tanya ke manakah hilangnya Allahyarham, akhirnya persoalan itu terjawab apabila beliau dilaporkan meninggal dunia pada 22 Februari 1992 di rumah kakaknya, Datin Rudiah Arshad di Lucky Garden, Bangsar Park.

Dalam suasana pilu, jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh, Pahang.
Ribuan peminat menziarahi jenazah Allahyarham termasuklah Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Kejayaan Allahyarham dalam dunia seni sehingga berjaya mengharumkan nama negara membuatkan beliau dikurniakan pingat kebesaran Darjah Johan Mangku Negara oleh yang Dipertuan Agong pada tahun 1992 yang membawa gelaran Datuk.

Sudirman, engkau pergi meninggalkan nama bersama jasa yang akan dikenang buat selama-lamanya. Al-Fatihah.
sumber : mStar

ASHAMSURI : Ini lambang artis yang ada ilmu dan baik peri laku. Walaupun dah 20 tahun pergi, ia tetap di kenang dan lagu lagunya masih malar segar terutama di saat sambutan Aidilfitri dan Kemerdekaan Negara. Ramai artis hari ini yang konon kononnya mengambil beliau sebagai idola. Tapi tahap pendidikan dan perangai, korang faham faham sendiri lah..Al Fatihah..

Tuesday, February 21, 2012

Kerenah Orang UMNO Menjelang PRU

PRU 13 dekat dah sangat. Ibarat menunggu dan menghitung hari jer lagi. Ia tidak akan melewati 365 hari. Maka berapa hari lagi tu mungkin boleh jadi lagi sehari, 7 hari, 70 hari atau dari sehari ke sehari hehehe..

Namun persediaan dan peranan jentera masih dilihat pada tahap yang paling minima. Jika ditakdirkan DS Najib umumkan pembubaran parlimen dalam beberapa hari ini, Aku percaya memang terkangkang UMNO dalam serba serbinya yang belum siap sedia.

Itu baru cerita disudut UMNO, belum kira lagi lain lain parti komponen yang dilihat lebih sejuk dan beku lagi. Bila kalah nanti, maka UMNO lah yang akan disalahkan kerana dilihat lebih dominan. Dan mereka cuci tangan.

Satu satunya usaha yang sedang giat dilakukan oleh UMNO sekarang ialah gila melobi jadi calon. Tunjuk muka disana sini, sedangkan dalam tempoh penggal, boleh dikira berapa kali nampak muka dan hadir program program politik bahagian. 

Lebih memburukkan keadaan, selain daripad melobi menjadi calon wakil rakyat, ada juga yang sudah mula mengatur langkah melobi jawatan jawatan utama di Bahagian. Ini berlaku berkali kali dalam parti. Jenuh lah Presiden minta utamakan PRU, akhirnya tetap sama.

Tak guna berjawatan dalam parti jika negeri diperintah parti lain. Ketepikan dulu politik kepartian, fokus dulu pada PRU. Jangan hanya manis di mulut, tapi dalam hati hanya Allah jer yang tahu..UMNO makin hari semakin ramai beretorik. UMNO tidak pernah rosak, tapi ahli ahlinya yang membuat rosak..


Sent from Samsung tablet

Wednesday, February 15, 2012

Gadai Akidah:Anwar Lagi Teruk - Gambar Di Dalam

Lima hari yang lepas Mufti Perak telah menegur PM kerana menghadiri sambutan hari Thaipusam di Batu Caves.
Jika kita lihat dengan mata kasar nampak ianya tidak ada sebarang kesalahan kerana Datuk Najib bukannya masuk ke dalam kuil atau melakukan upacara-upacara keagamaan hindu. Beliau hanya hadir di persekitaran kuil untuk mengambil kesempatan bertemu dengan orang-orang india yang berkumpul di sana pada hari itu.
Oleh kerana orang yang pakar dalam hal ehwal agama islam seperti Mufti Perak kata tak boleh , maka kita kena hormat nasihat beliau. Beliau lebih tahu dari kita, sebab itu beliau dilantik sebagai Mufti.
Telah lima hari Tan Sri Mufti Perak menegur PM, sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin atau ahli-ahli Umno yang bangkit melawan atau mempertikaikan nasihat Mufti. Inilah kelebihan Umno, mereka terbuka menerima teguran atau kritikan. Sebab itu Umno boleh bertahan lama walaupun telah menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan dugaan.
 
Selanjutnya wajib baca disini.

ASHAMSURI : aku tak sempat nak update atau ulas isu ni. Tapi aku linkkan dengan artikel tulisan rakan blogger yang lain. Dan laporan bergambar yang diberi penjelasan terperinci tu dah cukup untuk memaklumkan apa yang tersirat dan tersurat.

BR1M Bukan Rasuah - SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah rasuah dari Kerajaan.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata bantuan itu adalah untuk meringankan beban rakyat terutama golongan miskin.

"Itu (BR1M) bukan rasuah," kata beliau semasa sesi soal jawab mengenai 'Memperkukuh Integriti dan Menghapus Penipuan Perolehan' pada Forum Perolehan Kebangsaan untuk Sektor Awam dan Swasta 2012 di sini.

Beliau berkata terpulang pada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka puashati dengan usaha kerajaan itu dan bukan menerusi dakwaan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan.

"Jika mereka (rakyat) tidak menyukainya, beritahu (kerajaan)...biarkan orang ramai membuat keputusan," kata beliau.
Abu Kassim berkata negara-negara Barat juga ada melaksanakan skim seumpama itu. BERNAMA

sumber : mStar Online

Tuesday, February 14, 2012

Antara karyawan dan ahli sukan - Retorik Itu Indah

TIDAK ada negara yang begitu menghargai ahli sukan seperti negara kita. Negara lain yang sukan mereka jauh lebih hebat pun tak seperti negara kita yang limpahkan itu dan ini kepada ahli sukan.
Kononnya ahli sukan telah “mengharumkan” nama negara. Kononnya ahli sukan kita telah “mencatat” nama negara di peta dunia.

Alasan ini diberikan oleh orang yang malas. Mereka malas berfikir dan malas terima kenyataan. Di negara kita, penjaga gol Khairul Fahmi dapat sebuah banglo. Di negara kita, ahli sukan dapat ganjaran berganda, menang di pertandingan lagi, kerajaan bagi lagi.

Negara lain bangunkan prasarana sukan sebagai cara menghargai sukan. Tapi kita longgokkan duit kepada ahli sukan. Kita terkepung dalam ruang fikir sempit kononnya inilah cermin kejayaan bangsa dan negara. Ini mengarut namanya.

Eh, betulkah ahli sukan “mengharumkan” nama negara? Mana ada, semua itu temberang saja. Cuba bagi satu contoh ahli sukan di dunia yang “mengharumkan” nama negaranya? Kita yang syok sendiri saja yang kata begitu. Selanjutnya di sini.

ASHAMSURI: aku no komen, mungkin Siti Jarum ni lebih pandai dalam hal hal pembentukkan sesebuah tamadun hehehe..bagi dia pembentukkan sesebuah tamadun tu hanya dengan adanya golongan golongan yang dia sebutkan tadi. Mungkin mengaji tak abih atau aku salah guru kut..tapi terpulang, itu pandangan dia. Dalam negara demokrasi ni, semua orang bebas bersuara. Dan sebagai orang yang hidupnya menulis, tentulah dia lebih pro kepada golongan karyawan ni walaupun istilah karyawan itu umum.

Cuma kalau ditanya orang dan aku ada dua pilihan, iaitu 'kau nak anak kau besar nanti jadi A. Samad Said atau Maradona?', agak agak korang lah, apa jawapan aku ek hahahaha..manusia memang suka hidup dalam retorik dan berpura - pura..sebab mereka sentiasa nak nampak best walaupun hakikatnya tidak begitu..sendiri mau ingat lah..

Wednesday, February 8, 2012

Gambar Menceritakan Sejuta Cerita - Kenapa Perlu Sampai Macam Ni?

Gambar menceritakan belbagai kisah dan wajah. Dan apa yang korang dapat nilaikan melalui gambar di atas? Gambar ni aku petik dari wall facebook seorang kenalan. Kenapalah tergamak mereka nak usung makcik tu dalam kereta sorong? YB/Penyampai Sumbangan tu susah sangat ke nak pergi ke tempat makcik tu hingga dia perlu di sorong sedemikian rupa? makcik ni pun ada harga diri dan perasaan.

Kalau makcik tu boleh bergerak daripada rumah dia ke dewan penyerahan, kenapa lah setakat jarak yang dekat tu nak memalukan makcik ni dgn kereta sorong tu? Pihak pengurusan tak boleh ke nak sedia kan beberapa kerusi roda untuk kes kes yang macam ni? 

BR1m ini mendapat sokongan dan pujian daripada ramai orang. Makcik makcik dan pakcik pakcik yang uzur dan benar benar susah sangat sangat menghargai sumbangan ini. Ini maklum balas yang aku dapat secara langsung daripada program2 BR1M ni, tapi di sebabkan beberapa kebodohan dan management failed mcm ni, nilai nilai tinggi tu dah hilang. Bodoh piang la sape yang punya idea guna kereta sorong tu..Leh senyum senyum pulak dia orang. Banggang!!

Wednesday, February 1, 2012

Safee Sali Bijak

PETALING JAYA: Penyerang sensasi negara, Safee Sali pada Rabu mencatat sejarah sebagai jutawan bolasepak pertama negara apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi.

Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia pada Rabu. Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media. Selanjutnya di sini.

ASHAMSURI: Tahniah lah Safee Sali pasal buat pilihan bijak. Ramai juga fans yang benggang pasal Safee diberitakan bermain dalam liga yang diharamkan oleh FIFA dan implikasinya beliau tidak boleh bermain untuk negara. So, pada aku kalau kuasa bola sepak Malaysia ni macam Brazil atau Jerman ke, maybe lah tindakan Safee Sali itu dilihat mementingkan diri. Tapi ni prestasi Malaysia pun cuma suam suam kuku, adalah lagi baik dia fikirkan periuk nasi dia dulu sementara masih laku.

Kita kena ikut logik..ditawarkan lebih RM100k setiap bulan, semua orang pun akan buat benda yang sama. Selam 2 tahun, beliau dah boleh rancang kehidupan dia selepas eranya berahkir. Peluang mewakili negara dilihat diletakkan di tempat kedua sekiranya benar liga semasa beliau itu diharamkan. Pasal dah ramai pemain bola sepak negara Malaysia ni yang melarat selepas era mereka berahkir. FAM tiada pun pendekatan untuk selesaikan masalah mereka tu. Main bola bukan ada pencen seperti keje gomen.

Jadi secara realistik dan rasionalnya, tindakan Safee bagi aku merupakan tindakan yang bijak. Nak main dengan Cardiff City pun tak boleh pasal ranking Malaysia yang terlalu 'tinggi'. Jadi kau sapu jer lah labu sementara tengah laku. Hidup kena berpijak dibumi yang nyata, bukan terbang dalam angan angan dan impian. Bola sepak Malaysia masih lagi dalam angan - angan. Yang nyatanya, tawaran depan mata kau tu.

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...