Monday, September 3, 2012

Lebih 6000 orang hadir Majlis Aidilfitri BN Tg. Malim

Siapa yang kata UMNO dan BN dah makin tak relevan tu memang bongok ler. Dengan kehadiran melebihi 6000 orang, jumlah yang jauh lebih besar daripada tahun lepas ( 4000 orang ) membuktikan BN dan UMNO masih kekal dihati rakyat.

Memang orang akan cakap, bagi makan free atau jamuan ni, semua orang leh hadir. Tapi logiknya dengan dibuat pada waktu malam, baik la deme dok di rumah dari bersusah payah nak datang kan. Dan kalau orang dah tak suka, jangan kata nak datang makan, nak jenguk muka pun orang benci. Namun situasi yang terjadi malam jauh berbeza. Rakyat berpusu pusu menghadiri majlis berkenaan walaupun tiada artis yang diundang bersama. Ini kerana manifestasi rakyat menyatakan sokongan dan harapan terhadap UMNO dan BN Tg. Malim serta keyakinan pada pimpinan DS Najib khasnya.

Majlis yang diketuai oleh YB Dato Khusairi Talib selaku Adun Slim dan Ketua UMNO Bahagian Tg Malim turut dihadiri oleh YB DS Ong Ka Chuan, MP Tg. Malim, YB Datuk Rosnah Kasim, Adun Ulu Kinta, YB Tn Jamaludin Radzi selaku Adun Behrang dan  semua pemimpin masyarakat setempat. Semua datang, semua satu nada satu cerita. Semua nak kan yang terbaik untuk BN. 

Paling penting, rakyat percaya dan yakin dengan wadah perjuangan DS Najib dan BN. Adiossssss....
















1 comment:

Khusairi Talib said...

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan semua. Kehadiran melambangkan sokongan kita terhadap BN dan PM DS Mohd Najib Tun Razak.

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...