Monday, September 24, 2012

Raja Nong Chik 'basahkan' Nurul Izzah..perghh..

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13, kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).
   
Ketua Umno Lembah Pantai itu berkata beliau telahpun memaklumkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri."Saya telah banyak kali memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, sekiranya saya dicalonkan dalam pilihan raya ke-13 kelak, saya mahu bertanding di Lembah Pantai walaupun ia dikatakan sukar untuk dimenangi, berbanding Putrajaya dan Labuan," katanya.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pencegahan Jenayah anjuran Persatuan Alumni kaum India Universiti Malaya (PANI-UM) dengan kerjasama Persatuan Kemajuan dan Kebajikan Masyarakat Lembah Pantai di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini, hari ini.

Ditanya mengapa beliau memilih bertanding di Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkata beliau menetap di kawasan itu, lebih 25 tahun dan berkhidmat kepada masyarakat setempat dalam apa jua keadaan.
   
"Saya mempunyai banyak pengalaman dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan isu-isu berkaitan masyarakat setempat dan bukannya seperti beberapa anggota politik lain yang hanya aktif ketika musim pilihan raya sahaja.
   
"Sudah tiba masanya untuk saya berkhidmat sebagai wakil rakyat dan benar-benar membuat kerja untuk warga Lembah Pantai. Bagaimanapun, saya akur sekiranya pucuk pimpinan memilih calon lain untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai," katanya.
sumber : SEMUT HITAM

Orang dah cabar.. apa lagi..lau rasa kuat sangat Nurul sahut je la cabaran tu. Cakap yang 'aku pun bersedia utk tanding siapa saje di Lembah Pantai'..apa mau main tarik tali lagi kan..

orang yang penakut je yang masih main sembunyi sembunyi ni. Pasal aku dengar laporan yang anak emas Ketua Umum ni memang tak buat kerja. Jarang turun padang, banyak janji tak ditepati opsss..tak leh nak salahkan jugak pasal kan dia orang dah cakap, manifesto tak perlu ditunaikan.

Buat Raja Nong Chik, u do very good job in KL..terutama kat Lembah Pantai., abih basah la ko kali ni Nurul Izzah di buat di Raja Nong Chik hahahaha..


No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...