Thursday, September 6, 2012

Rahsia Apa Dengan Oppa Gangnam Style?

Oppa Gangnam Style tiba tiba menjadi satu fenomena baru dalam industri hiburan. Kat sana sini orang bercerita dan meniru aksi aksi dalam lagu serta video klip penyanyi tersebut. Malah tak kurang juga yang mencipta parodi kepada fenomena tersebut. Maka wujud lah macam macam lagi 'style' yang lain terhadap lagu tersebut. Keluarlah Singapore Style lah, Sepanyol Style la eh macam macam le termasuk kat Malaysia ni. 

Paling aku tak boleh blah kalau tengok Oppa Nogori Style hahahaha..daripada lirik, gaya nyanyi hinggalah ke watak pelakon kah kah kah..memang hancussss..kalau korang nak tengok, search sendiri kat youtube.

Paling aku malas sekali bila kat FB atau kat BBM ramai lah yang BC minta video or mp3 lagu bongok ni. Aku hairan kenapa ramai benar yang mudah jadi ikut ikutan pada benda benda begini. So, aku kongsikan pandangan Ustaz Azhar Idrus mengenai fenomena ini. Ada baiknya kita hayati dan fahami apa yang cuba disampaikan oleh beliau. Yang baik kita kena ikut. Jangan suka membuat perkara perkara lagho yang takde hujung pangkalnya tu.

'Lebih baik kita pergi  kuliah dari ambil tahu berkaitan gangnam style..belajar Ilmu agama, mandi jenazah, solat jenazah malah solat kita pun belum tentu sempurna' - Ustaz Azhar Idrus.



1 comment:

Anonymous said...

aku sendiri pon pelik apasal ramai org syok sgt dgn jahanam style ni...ape yg best sgt aku pon xtau.....betul kata ustaz azhar idrus cakap mmg benda2 gini benda yg xde faedah......lebih baik belajar cara solat ,cara baca al-quran yg betol ke,dll yg ke arah keimanan...tu lebih baik dan makan dalam.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...