Tiba tiba seorang sahabat mohon aku jadi Pengurus untuk pasukan bola sepak pasukannya. Wah...tiba tiba semangat budak budak muda sekarang membuak buak kembali mahu bermain bola sepak, kembali mahu memenuhi ruang padang disekitar sekolah, kampung kampung, pendek kata di mana ada padang akan adalah orang bermain bola sepak. Paling menarik, kini mereka sudah mula membayangkan diri mereka seperti Safee Sali, Idlan Talaha dan beberapa lagi nama famous dalam pasukan bola sepak Malaysia yang memenagi Piala Suzuki 2010 baru baru ini.
Telah agak lama aku rasa rakyat Malaysia tidak berbangga untuk membayangkan diri mereka sebagai pemain daripada wira wira negara. Ramai yang mahu jadi macam Rooney, Ronaldo, Kaka dan ramai lagi lah tapi bukan dari kalangan pemain negara dan jauh sekali lah lau dari list pemain Liga Super. Ini fenomena yang baik, ini perkembangan yang baik. Sudah ada budak budak yang tak lagi segan pakai jersi Negara. Timbul semangat patriotik di situ, ada semangat nasionalisme yang terserlah. Itulah sebabnya kenapa PM sudi memberi cuti atas kejayaan yang lalu, ada perkara perkara yang tak perlu nak diterangkan secara halus oleh beliau tapi kita harus perhalusi tindakan beliau itu.
Ermm..berbalik kepada jemputan sahabat tadi, aku ahkirnya sudi untuk menjadi Pengurus kepada pasukannya. Jawatan itu memang tak glamour, jauh sekali untuk jadi kaya raya seperti pengurus pengurus EPL tu. Jadi pengurus tanpa adanya penaja penaja korporat, bermakna aku kena keluarkan duit poket sendiri untuk tujuan sebarang perbelanjaan. Tapi aku tak kisah, aku anggap ini sebagai satu tanggung jawab sosial aku kepada negara. Sekurang kurangnya aku dapat isikan masa luang budak budak tu dengan aktiviti sampingan. Sekurang kurangnya waktu petang mereka kini dah ada aktiviti berfaedah. Mereka kini dah ada misi dan visi untuk pertandingan liga daerah. Dalam erti kata lain, mereka setidak tidaknya terhindar dari aktiviti aktiviti yang tidak sihat.
Aku harap akan ada bakat bakat baru dari pasukan itu yang boleh diketengahkan dikemudian hari. Sukan pada hari ini sudah menjadi satu kerjaya yang lumayan jika bakat dimanipulasikan dengan betul.
Pssssstttt...ada jugak kawan kawan yang bertanya, kenapa aku tak taja budak budak daerah sendiri tapi taja budak budak daerah yang tiada kena mengena dengan aku. Jawabnya mudah, pertama kerana daerah aku tiada liga daerah dan kedua budak budak daerah aku lebih gaya dari kerjasama. Budak budak ni walaupun tak bergaya, walaupun kerja biasa biasa, tapi mereka ada disiplin dan kerjasama. Paling penting komitmen. Dan setakat ini, aku tak nampak item item tu dengan budak budak tempat aku melainkan sibuk bergaya dengan peel masing masing. Mahu jawatan tapi kerja malas huhu..Go KETIOR FC....
No comments:
Post a Comment