PRK Dun Tenang sudah berahkir. Pemenang pun sudah diketahui. Tahniah kepada Tok Ai yang diterima oleh penduduk Tenang sebagai wakil rakyat mereka. Kepada yang menang akan terpikullah amanah yang besar di atas bahu mereka. Rasulullah s.a.w. dari riwayat Muslim : " Dari Abu Zhar, dia berkata : " Saya berkata " : Ya Rasulullah mengapa engkau tidak memilih saya. " Rasulullah bersabda " hai Abu Zhar engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya. Tok Ai ditakdirkan untuk bergelar wakil rakyat, maka dia wajib melaksanakan tanggungjawab tersebut sebelum dihisab dikemudian hari.
Bagaimana pula dengan nasib Cikgu Mala? Melepaskan jawatan yang selama ini telah memberi ‘income’ kepada beliau bertahun tahun lamanya. Selama ini tangan Kerajaan yang menyuapkan makan kepada beliau dan keluarga, digigit kembali. Dimana erti ‘terima kasih’ yang kerap beliau ajarkan kepada anak didiknya di sekolah? Belum diambil kira lagi nasib suaminya yang dikatakan menipu cuti tu. Kerana mereka berdua, banyak masalah yang timbul. Apalah pula nasib tuan doktor yang meluluskan cuti atas alasan kemurungan yang teruk. Ni apa kes beb. Persoalannya, dengan Cikgu Mala yang sudah hilang pendapatan, suaminya pula pasti akan menghadapi tindakan tatartertib, bagaimana mereka harus melangsungkan hidup yang serba mencabar ini? Adakah PAS akan membela nasib mereka? Atau benarkah istilah habis madu sepah dibuang, istilah yang sangat sangat sinonim dengan cikgu yang satu ni disepanjang tempoh berkempen.
PRK telah pun berakhir. Pemenang telah pun diketahui untuk menjalankan tanggung jawab dan amanah. Tetapi Cikgu Mala telah ditelanjangi serba serbi. Dan perkara perkara itu akan terus menghantui dan menghambat beliau. Banyak perkara yang tidak diketahui selama ini, telah menjadi bahan bual sepanjang kempen. Dan ia akan terus dibualkan untuk satu jangka masa yang lama terutama setiap kali cikgu ni bertemu mata dengan penduduk Tenang terutamanya. Lantaran itu, jadikan ini sebagai satu tauladan kepada mana mana orang yang mahu menceburi dunia politik. Fikir panjang panjang dan semasak masaknya. Elok elok ada kerja, sampai sudahnya apa pun tak ada. Pencen hilang dan maruah pula terdedah. Malu adalah aset paling berharga buat wanita. Cikgu Mala hilang benda tu semata mata nafsunya untuk menjadi wakil rakyat. Cuma cikgu berdiri di platform yang salah. PAS tidak akan bela nasib cikgu selepas apa yang mereka harapkan tidak menjadi kenyataan. PKR dan DAP jauh sekali lah nak amik kisah. Yang pasti Cikgu Mala telah jadi kambing hitam untuk kerusi Dun Tenang ini. Pasti dalam PRU akan datang, dia bukan lagi calon di pihak PAS.
1 comment:
Jd cikgu Shida lg senang..hati tenang jiwa girang.xpasai2 jd ratu miming malaysia..lantak la ap org nak kate, janji xnyakitkan hati sesape n xamik mc sesuka hati then pusing2 1 DUN..
Post a Comment