Pergghhh!!! Ostazah Ebbi kembali dengan 'fatwa' terbarunya berkenaan
politik Malaysia.. Yang paling terkini.., Ebbi sekarang dah senada
dengan benggali OKU Karpal Singh lah pulak..
Ebbi dalam satu kenyataan melalui laman Twitter menegaskan bahawa
Malaysia BUKAN negara Islam.. Fuhhh!! Hebat sungguh Ostazah Ebbi ni
yee..
Dan Ebbi tak iktiraf Malaysia sebagai Negara Islam pasal kononnya Malaysia tak ikut Perlembagaan Al Quran..
Errrr..., kalau Malaysia ni bukan negara Islam, Malaysia ni negara apa?
Boleh Ebbi tolong jawab tak? Serius gua nak tahu pasal ni...
Lagi bagus kalau Ebbi jelaskan sekali pasal Perlembagaan AlQuran yang
dia kata dalam Twitter dia tu.. Gua yakin mesti ramai yang nak tau jugak
pasal tu..
Kat bawah ni ada sikit penjelasan mengenai Malaysia sebagai sebuah
negara Islam.. Gua dapat dari JAKIM.. Renung-renungkan lah yee...
DEFINISI NEGARA ISLAM
Beberapa definisi Negara Islam yang dirumuskan oleh ulama dan cerdikpandai Islam adalah seperti berikut;
i. Muhammad bin Hasan As Syaibani:
“Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya”.
ii. Muhammad Abu Zuhrah:
“Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang
Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara
sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”.
Berpandukan kepada definisi di atas, jelaslah Malaysia adalah sebuah
negara Islam. Keraguan dan pertikaian mengenai Malaysia sebagai sebuah
negara Islam adalah tidak berasaskan fakta dan ianya tertolak.
Malaysia sebagai negara Islam telah diperkuatkan lagi dengan peruntukan
dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi
Persekutuan. Peruntukan ini tidak diadakan oleh penjajah, tatapi diusaha
oleh pejuang dan pemimpin negara seiring perjuangan mencapai
kemerdekaan.
ASAS-ASAS NEGARA ISLAM
Asas-asas utama sesebuah negara itu diiktiraf sebagai negara Islam antaranya ialah;
· Sesebuah negara yang tunduk akur di bawah kuasa Islam dan orang Islam sebagai ketua pemerintah.
· Tanahair orang Islam adalah sah sebagai negara Islam.
· Sesebuah negara yang aman dan bebas didirikan syiar Islam di dalamnya.
MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM
Hasil dari definisi dan pandangan ulama mengenai negara Islam, jelaslah Malaysia sebagai negara Islam kerana ciri-ciri berikut;
· Malaysia adalah tanahair orang Islam sejak turun temurun.
· Ketua pemerintahan negara dipegang oleh orang Islam.
· Malaysia masih didiami oleh orang-orang Islam sebagai pemunya.
· Umat Islam bebas menunaikan amalan syariat Islam malah dibantu oleh Kerajaan.
· Sistem mempertingkatkan ibadah, munakahat dan muamalat dilaksanakan di serata negara.
· Pendidikan Islam diajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke
peringkat institusi pengajian tinggi dan sentiasa ditingkatkan mutunya.
· Mahkamah syariah ditubuh dengan rasmi dan hasil keputusannya tidak boleh diganggu oleh mahkamah sivil.
MALAYSIA NEGARA SEKULAR ?
Terdapat di kalangan umat Islam di Malaysia yang menganggap Malaysia
sebagai negara sekular. Oleh itu eloklah difahami terlebih dahulu apakah
erti sekular. Perkataan ‘sekular’ berasal daripada perkataan Latin
seaculum yang bermakna ‘alam ini’ atau ‘dunia ini’. Gerakan fahaman
sekularisma bermula pada pertengahan abad ke 19 di England yang
diasaskan oleh George Jacob Holyoake (1817-1906). Golongan ini hanya
mementingkan kebajikan manusia di dunia dan menafikan kewujudan alam
akhirat.
Dalam suasana sedemikian, sekularisma telah dipersepsikan menerusi ciri-ciri berikut;
· Menolak kepercayaan adanya Tuhan. Segalanya berpusat pada alam ini.
· Menolak kepercayaan adanya hari akhirat dan perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan selepas mati.
· Agama dan dunia terpisah secara total.
Apa yang sedang diamalkan oleh negara Malaysia hari ini ialah berusaha
menjaga kebajikan umat Islam dan memartabatkan agama Islam serta tidak
lupa tanggungjawab kepada rakyat bukan Islam. Tanggungjawab sedemikian
adalah sebahagian suruhan Islam.
Kerajaan juga telah berusaha memantapkan akidah, memajukan syariah dan
mempertinggikan akhlak umat. Dengan pelaksanaan tugas-tugas tersebut,
keadaan dan keraguan serta kekeliruan umat Islam di negara ini adalah
tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang faedah.
Status negara Malaysia sebagai negara Islam tidak boleh lagi
dipertikaikan, sebaliknya adalah lebih baik menerima realiti yang ada
dan berusaha memperkuat serta memperbaiki lagi mana-mana kelemahan dan
kekurangan jika ada.
USAHA YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA
Antara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai sebuah Kerajaan Islam ialah seperti berikut;
· Menjaga kepentingan agama serta mentadbir urusan negara dan umat.
· Mengurus pemerintahan adalah antara kewajipan agama yang terbesar,
malah agama itu sendiri tidak dapat ditegakkan tanpa wujudnya
pemerintahan.
· Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman dan ajaran yang
boleh memesongkan akidah sebenar Islam. Fahaman agama yang dipegang
ialah yang bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah serta akidah Ahli
Sunnah Wal Jamaah.
· Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan
tugas-tugas pemerintahan. Dalam hal ini, Islam mengharuskan melantik
orang bukan Islam yang menjadi warganegara sebagai menteri untuk
melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan.
· Menyediakan tenaga tentera dan sistem pertahanan negara bagi menjamin keselamatan agama, bangsa dan negara.
· Mewujudkan sistem perundangan dan kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan.
· Mendirikan dan menguruskan kelicinan peribadatan seperti mendirikan masjid dan menguruskan pentadbiran berkaitannya.
· Mengendalikan urusan ibadat haji dengan teratur.
· Menguruskan hal ehwal zakat secara bersistem.
· Memungut hasil cukai yang pelbagai untuk dana negara.
· Menguruskan sistem pentadbiran awam yang cemerlang.
· Membanteras jenayah dan sebagainya.
KEWAJIPAN RAKYAT TERHADAP PEMERINTAH
Oleh kerana Malaysia sebuah negara Islam, maka berkewajipan setiap
rakyat melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang antara lainnya
ialah seperti berikut;
· Taat serta patuh dengan ikhlas dan penuh rasa bangga.
· Bersedia menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
· Menjauhi diri dari perbuatan-perbuatan mungkar seperti menganggu
ketenteraman awam, menimbulkan huru-hara dan mengancam keselamatan
masyarakat dan negara.
· Bertanggungjawab mempertahan dan menaikkan nama negara pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
· Berusaha membangun dan memajukan ekonomi diri, masyarakat dan negara.
sumber : MPP Online
soalnya Abby, lau PAS memerintah pun dia dah cakap awal awal yang Malaysia Negara Berkebajikan. So cer ko jelaskan pulak yg konsep tu..Meraban dah minah ni..elok lah cepat carikan laki ker dia..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
A Point To Ponder
Sandwich used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...
-
First of all, thank you for the support for coming to the tournament just now. Maybe ramai yang tak faham bagaimana nak kira system 36,...
-
Sebelum korang ketahui siapa paling hantu di Malaysia, korang baca dulu 13 tempat paling berhantu ni. Dan teka siapakah gerangan hantu terse...
-
Untung janda,untung lagi pemimpin PAS ! AKHIRNYA terlalu jauh Arbaiyah Abdul Manan ataupun masih terus kekal dengan nama glamernya Abb...
1 comment:
hihi.. jum semak sini..
Pemerintahan Islam
Post a Comment