Kejap lagi pembentangan Bajet 2013 akan dizahirkan oleh YAB DS Najib. Pejam celik pejam celik bajet datang lagi. Pejam celik pejam celik semya duduk termanggu di depan tv petang ini.
Banyak harapan dan impian rakya Malaysia agar bajet kali ini jauh lebih mesra rakyat. Sama ada ia bersifat untuk memancing undi PRU atau apa sahaja sekali pun, yang paling utama impaknya harus menyenangkan rakyat terutama dalam kos sara hidup yang saban tahun makin meninggi.
Macam biasa, para penjawat awam paling tunggu adalah pengumuman bonus. Bagi aku secara peribadi bonus bukan keutamaan kerana pemberian berbentuk one off tu akan sekali pakai dan habis. Lebih sesuai jika beri kenaikan COLA dan juga kenaikan elaun rumah.
Bagi yang bukan kerja sebagai penjawat amam pun kena diambil kira juga. Jangan jadikan mereka mangsa dan terpinggir. Jumlah mereka jauh lebih ramai dari para penjawat awam ni.
Paling penting selepas bajet ialah pengawalan harga barangan yang kerap melambung lebih lebih lagi sekiranya ada pemberian bajet. Perlu ada mekanisme yang betul dan pemantauan yang jitu berhubung perkara ini.
Apa pun hasilnya, sama sama kita tunggu dan lihat petang ini. InsyaAllah, rakyat akan didahulukan. Amin..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
A Point To Ponder
Sandwich used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...
-
First of all, thank you for the support for coming to the tournament just now. Maybe ramai yang tak faham bagaimana nak kira system 36,...
-
Sebelum korang ketahui siapa paling hantu di Malaysia, korang baca dulu 13 tempat paling berhantu ni. Dan teka siapakah gerangan hantu terse...
-
Untung janda,untung lagi pemimpin PAS ! AKHIRNYA terlalu jauh Arbaiyah Abdul Manan ataupun masih terus kekal dengan nama glamernya Abb...
1 comment:
wakaka... petua chicken mcrugged tu bro!!
Post a Comment