Tuesday, April 23, 2013

61 Orang Penderhaka Parti! Kenali Mereka Mereka Ini.

Seramai 61 orang abli UMNO dipecat daripada keahlian ekoran tindakan berani mereka bertanding sebagai calon bebas dengan didahului oleh Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Secara peribadi, aku melihat pemecatan ini sebagai satu langkah memperlihatkan tindakan tegas kepimpinan terhadap order atau arahan yang telah mereka keluarkan sebelum ini. Namun, bukan isu pemecatan yang hendak aku perkatakan, tetapi kerosakkan kepada strategi parti yang telah diolah dan dirangka sebelum hari penamaan calon.

Aku yakin, PM bukan suka suka letak sebarang nama, ia pasti diiringi dengan strategi dan rangka khusus untuk setiap kawasan DUN dan Parlimen demi melangsungkan hayat UMNO dan BN amnya. Dan bila ia ditikam dari kalangan ahli sendiri, maka tidak dinafikan akan berlaku gangguan dan pecah undi kepada calon BN sendiri.

Walaupun kebanyakan mereka ini jika ditakdirkan menang akan pro atau mesra BN, namun itu jika ditakdirkan menang. Jika ditakdirkan kalah dan kekalahan mereka turut mengheret sama kepada kekalahan ayam sabung BN di kawasan berkenaan, maka ia merupakan bala dan malapetaka kepada parti dan Barisan.

Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah kerja kerja pemulihan dan pembaikan yang perlu dilakukan serta merta. Ini yang dikatakan sebagai Strategi Perhubungan Awam yang serta merta perlu diambil dan pendekatan keorganisasian harus disegerakan agar wabak dapat dibendung dan wadah sampai kepada golongan sasaran. 
Opppsss..satu lagi hal, mereka yang tak bertanding Bebas, tapi senyap senyap tarik hand brake dan sabotaj diam diam lagi parah bang. Yang ni pun jangan PM lepas pandang pulak. Gunting dalam lipatan ni yang lebih menyakitkan. Ia makan dalaaaaaammmmm..

Segera Bertindak!
Mereka yang dipecat adalah seperti senarai dibawah yang aku petik dari Jomo Online.
“Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO berikutan gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti.
Berikut adalah senarai nama anggota parti yang dipecat dari UMNO:
1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)
3. PARLIMEN SEPANG – DATO’ HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)
4. HANAPIAH BIN MOHAMAD
5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)
6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)
7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)
8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) –  YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA
12. PARLIMEN BERA-  MOHD. WALI ALANG AHAMAD
13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN
14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)
15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – MOHD NIZAM BIN IBRAHIM
16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN)
17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI
18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD
19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG-  ZAINUDIN BIN YOM
20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR
21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER
22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR
23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN
24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)-  AMEIR BIN HASSAN
25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR
27. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD
29. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB
30. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM
31. DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM
32. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR
33. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA
34. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE
35. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI
36. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS
37. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG
38. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL
39. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI
40. HUSSEIN BIN MUMAKIL
41. JULKALANI BIN ABD RAHMAN
42. MAMAT BIN BALHANA
43. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP
44. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS
45. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG
46. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR
47. DUN SEBATIK (KALABAKAN) –  MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH
48. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH
49. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR
50. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI
51. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT
52. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK
53. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD
54. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA
55. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL
56. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN
57. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF
58. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA
59. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN
60. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON
61. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL
sumber rujukan : JOMO ONLINE

2 comments:

Azli Shukri said...

salam blog tuan sudah dipaut

ASHAMSURI said...

terima kasih.. saya akan paut kembali..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...