Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya,
Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.
Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia,
Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya
mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar
masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.
Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak
berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan
mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah
terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.
"Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi
kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang
tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih
individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang
sulit.
"Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada
kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa
itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa
yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar
atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka
surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas
Perdana Menteri itu boleh membantu.
Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai
tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir
berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak
tertentu tanpa sebarang asas kukuh.
"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa
dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi
manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya.
Temu bual bersama Tun Dr. Mahathir boleh diikuti dalam Mingguan
Malaysia.
Rupanya hari ini dideahkan juga rupanya bukan setakat Tun Mahathir
sebaliknya Tun Siti Hasmah juga menerima aduan dari Wan Aziziah, apapun
teman respek kat kedua-dua tokoh ini walau sekali pun negara huru hara
dek kerana tingkah laku yang haloba untuk menjadi Perdana Menteri oleh
yang akhlak nya rosak menjadikan negara huru hara oleh sebab cita-cita
dan dendam kesumatnya, kedua-dua nya masih memegang amanah sebagai rakan
ketika itu.
Selanjutnya di SEKUPANG DUA
1 comment:
ok tuan..salam sahabat..
Post a Comment