Tuesday, April 30, 2013

Selamat Mengundi Awal! Justifikasinya...

Hari ini satu daripada pembaharuan SPR dilaksanakan iaitu Hari Undi Awal bagi warga polis dan tentera suami isteri. Bagi yang kurang 50 orang 1 saluran akan ditutup pada jam 2 petang dan saluran yang lebih akan ditutup pada jam 7 malam.

Kertas kertas undi ini akan dimateri sebelum dibawa ke balai polis untuk dikuarantinkan sebelum dikira pada hari penjumlahan undi 5 Mei nanti jam 4 petang. Proses pengundian pun tiada yang pelik pelik. Ia sama seperti undi biasa cuma diawalkan atas sebab petugas petugas tersebut.akan bertugas pada hari pengundian dan menambah baik sistem undi pos yang selama ini dikecam hebat oleh PR melalui agen Bersih mereka.

Ada juga yang bertanya apa justifikasinya pengiraan dilakukan pada 5 Mei dan bukan pada hari ini. Macam macam la spekulasi kononnya pihak polis akan ubah keputusan sebelum hari penjumlahan. Itu semua fitnah dan dakyah. Wakil parti/calon dibenarkan untuk memerhati peti undi tersebut setiap saat sehingga hari penjumlahan, so apa ada masalah.

Selain daripada itu, jika awal dikira keputusan undi awal boleh dijadikan bahan kempen bagi pihak pihak yang berkepentingan. Itu antara rasional kenapa perlu dikira pada hari besarnya. Baru.lah ada suspen sikit hehe..

Selamat Mengundi.
UNDILAH DENGAN BIJAK.

Sent by Samsung Galaxy Note

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...