Tuesday, January 31, 2012

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia - Labur RM5000, Setiap Bulan Dapat RM134.00

SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) – Labur RM5000, Setiap Bulan Dapat RM134.




sara 1malaysia SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)   Labur RM5000, Setiap Bulan Dapat RM134? [UPDATE]

Hujung bulan ini bakal dibuka jualan unit melibatkan SARA 1Malaysia  (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia), skim yang terbaru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam. Kalau dapat 100,000 pelabur pukul rata masing-masing membuat pelaburan RM5,000, kerajaan Malaysia sudah dapat tabungan sebanyak RM500,000,000 (RM500 juta).

Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) Ini?

  1. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
  2. Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
  3. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah
  4. Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

Cara Memohon Sara 1Malaysia (Borang Permohonan)

  1. Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan. 
  2. Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda kelak
  3. Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti :
  • Kad pengenalan pemohon (2 salinan)
  • Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
  • Bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)

Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia

  1. Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  2. Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000. Jelas? 
  3. Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  7. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:
  • Gaji bawah RM3,000 – buah pinjaman RM5,000
  • Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
  • Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84)
atau….
  • Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
  • Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134  (pulangan tetap) selama 5 tahun
  • Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan
sara 1malaysia SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)   Labur RM5000, Setiap Bulan Dapat RM134? [UPDATE]Bagaimana? Anda berminat dengan tawaran skim Sara 1Malaysia? Walaubagaimanapun sebelum itu, di sini kami ada beberapa persoalan yang mana diharapkan kerajaan dapat menjawabnya kelak, mungkin baru lagi jadi sesetengahnya masih lagi samar-samar dikalangan ramai. Antaranya ialah :
  • Kerajaan ada atau tidak penasihat syariah dalam skim Sara 1Malaysia ini? Patuhi shariah compliance atau tidak?
  • Sebelum ini kecoh dikatakan pulangan tetap dalam saham internet/MLM adalah haram, ini adalah maklumat yang berkaitan pengharaman. Seperti apa yang berlaku dalam Swisscash contohnya, duduk diam dapat duit.
  • Kata Ibn Munzir: Dan telah sepakat (ijmak) bahawa terbatal qiradh yang disyaratkan keuntungan untuk salah seorang atau kedua-duanya dengan keuntungan dirham (nilai) tertentu.
Minta maaf jika ada yang tidak bersetuju, kerana bagi kami mana-mana pelaburan sekalipun hanya sesuai untuk individu yang mempunyai lebihan tunai bukan dengan cara buat pinjaman.
Harapan kami cuma satu, supaya kita semua jelas dengan skim Sara 1Malaysia. Pro dan kontranya.
sumber : Berita Semasa 

ASHAMSURI : aku share info dari sumber di atas. Maybe ia boleh bantu sedikit sebanyak kefahaman mengenai SARA 1Malaysia ni..secara peribadi, aku rasa skim ini bagus.

Wednesday, January 25, 2012

Audit Keliru? NFC? Apa Ni?

Dah 3 bulan NFC diserang dari kiri kanan atas bawah..dari Kak Jat sinsing lengan sampai angkat kain. Dari dalam tugas sampai bercuti rehat, baru Ambrin Buang nak tampil cakap terkeliru..

Hahaha..ni lah lawak paling banggang pernah aku jumpa dari sebuah entiti kerajaan. Kenyataan tu cuma akan jadi spekulasi dan spin pihak luar je. Macam macam reaksi dan implikasi boleh diperkatakan.

Kak Jat pun kenapa melenting jika selama ini benda yang d perkatakan bukan yang milik dia? Atau baru baru ni je BN terfikir alasan yang sebegini canggih?

Macam mana Audit boleh silap? Kan dalam post sebelum ni aku dah pesan pada Ambrin Buang bahawa udah udah lah guna tenaga sampah dalam institusi kau. Tengok apa dah jadi? Huru hara dibuatnya.

Silap atau tidak, cerita terbaru ni hanya akan buat rakyat marhain berfikir, Kerajaan sedang membuat rekaan cerita terbaru untuk cuba menyelamatkan Kak Jat. Dan selayaknya Ambrin Buang dibuang sebagai Ketua Audit Negara.

Dia perlu memikul tanggung jawap hasil kerja anak buah dia. Untuk selamatkan Kak Jat, perlu ada kambing hitam. Dan kambing tu dah sah sah la Tan Sri Ambrin Buang hahahaha...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, January 22, 2012

GONG XI FAT CHAI

Aku ada ramai kawan dari kaum Tionghua..ada yang baru aku kenali,ada rakan satu fakulti,ada jugak rakan niaga,rakan kerja dan yang paling aku rundui sudah pastilah rakan rakan yang membesar sama sama dari alam persekolahan rendah dan menengah dulu..

Masa tu tiada rasa prejudis atau sangsi. Yang ada cuma ruang persahabatan yang iklas dan bergembira tiap hari bertemu di sekolah dan bergelumang di padang bola hahaha..sometime look like kerbau wooo..

Kami tak pernah peduli sama ada ibu bapa tu dari UMNO ke, PAS ke, MCA ke atau pun DAP..ermmm PKR lom ada lagi masa tu hahaha..tapi bila dah besar panjang ni, masing masing ada ideologi dan fahaman masing masing. Namun itu tak menghalang untuk kita terus hidup aman damai dan harmonis.

Ketepikan fahaman sempit dan fanatik. Kita pernah jadi ikonik sesama sendiri di zaman kanak kanak. Atas kesempatan ini, aku ucapkan Gong Xi Fat Chai pada semua rakan rakan berbangsa Cina. GONG XI GONG XI maaa..moga tahun Naga Air ni akan bawak manyak ong sama kita wooo..1Malaysia spirit geng..adios..


Sent from Samsung tablet

Saturday, January 14, 2012

Berebut Nak Serahkan BR1M

Bermula daripada tarikh 15 Januari ni, penyerahan bantuan BR1M seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan bajet Oktober lalu akan mula dilaksanakan.

Cuma yang aku lihat banyak pihak dari Ketua Bahagiannya, Adunnya, Ahli Parlimennya dan ada sesetengah tempat penyelaras Parlimen pun turut sama untuk mengaut political millage daripada majlis majlis penyerahan tersebut.

Aku nak komen lebih pun malas, pasal dari perhatian aku BN ni dari dulu lagi tak mahu berubah. Time buat kerja semua malas dan menyorokkan kepala seperti burung kasawari, tapi masa nak melobi atau nak tonjolkan nama masing -masing,semua laju jer ke depan.

Harap ia tidak akan menjejaskan dan mengagalkan usaha kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat melalui skim teansformasi bantuan ini. Fikir fikirkan lah. Jangan kita berebut dan berbalah sesama sendiri yang hanya akan merugikan kita di masa hadapan. Sekarang ialah masa untuk merapatkan 'Barisan'..


Sent from Samsung tablet

Monday, January 9, 2012

Anwar Tak Bersalah - Awas..Anda Sedang Diperhatikan..

Keputusan mahkamah ( sila sebut guna dialog AR Tompel ) telah pun di ketahui. Ketua Umum PKR diumumkan tak bersalah. Yang bersalah adalah Saiful pasal time buat suke sama suke, pastu mengadu tak suke..apa daaa...Maka bersorak sorai lah sekalian hambar rakyat yang menyokong PKR kerana di dapati perbuatan ketua mereka tidak menyalahi undang - undang. Walaupun dinyatakan perbuatan meliwat itu berlaku, tapi ia tidak salah dari segi perundangan. Bagus betul sistem kat Malaysia ni. so, PAS apa komen? Hukum liwat ni macam mana nas dan dalilnye dalam hudud? aku kena tanya dan rujuk PAS la pasal aku tak berapa PAS subjek2 Hudud ni..

Maka berbondong - bondong lah para rakyat yang menyokong, mengatakan selama ini Ketua mereka telah dianiaya. Konspirasi. Malah sistem kehakiman negara juga pernah dikecam hebat terutama sekali sewaktu keputusan kes Zambry vs Nizar. Tapi bila kena kat puak deme, ok jer lah pulak. Kalau tak memihak ke deme, semua tak betul, semua di pengaruhi. Malah mahkamah pernah disebut sebagai anjing BN. Aje ***** deme ni.

Aku cuma nak pesan dan ingatkan kepada diri aku dan semua. Dengan pembebasan Anwar, bermakna anda sedang diperhatikan. Awasi bahagian 'belakang' anda. Dibimbangi sekiranya anda merupakan mangsa terbaru untuk membuat pengaduan berkaitan di liwat. Dipercayai sekarang ni, seorang peliwat tegar yang bersiri sedang merayau berleluasa mencari mangsa. Siapa dia? Hah ini yang kita tak tahu ni ( sila gunakan dialog Khir Rahman dalam filem Los dan Faun ) hahahahaha...

Aman Malaysia!!!!!!

aku bukak perniagaan ni sekarang

Saturday, January 7, 2012

901-Debaran dan Kesan

Tarikh 9 Januari 2012 merupakan tarikh yang dinantikan dengan penuh debaran oleh semua pemerhati dan orang - orang politik. Ada juga yang tak ambil pusing. Terpulanglah pada perspektif masing masing..

Tarikh yang menentukan nasib Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR atas kes perlakuan seks luar tabii beliau.

Apa yang aku lihat, jika didapati bersalah beliau dan para pengikutnya kan mempertikaikan sistem kehakiman negara yang dikatakan tunduk pada tekanan kerajaan pemerintah. Jika didapati tidak bersalah, mereka akan claim yg selama ini dia menjadi mangsa konspirasi politik BN.

Dari sudut apa pun, kedua dua situasi memberi kelebihan dan manfaat kepada PKR. Inilah yang disebut sebagai situasi mencipta peluang. Peluang untuk mereka menarik perhatian dan simpati umum dalam kadar yang ramai tanpa mengira apa pun keputusan yang diumumkan nanti. Dan ini memang kepakaran Anwar dalam mencipta keberuntungan kepada pihak beliau dalam apa situasi pun. Dan DS Najib perlu bersedia untuk menghadapi situasi ini.

Impak itu akan mula dirasai selepas daei tarikh tersebut. Kita tunggu dan lihat. Cuma aku doakan Malaysia akan terus aman kerana 100 000 ribu orang yang akan dikumpulkan pada tarikh tersebut, cukup untuk mencipta belbagai kemungkinan yang tak best untuk aku perkatakan..sama sama kita tunggu dan lihat..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, January 4, 2012

Benarkah Penceramah Agama Azhar Idrus Pernah Main Dengan Seorang Wanita Dalam Tandas Masjid Jambu Bongkok...? Sila Jawab....

 Soal Azhar menuntut pengajian Islam dimana, biarlah beliau yang menjawabnya cuma kita menuntut penjelasan dan ingin tahu daripada Ustaz Azhar berkaitan dengan peristiwa jam lebih kurang 1.00 pagi di kawasan Masjid di Jambu Bongkok, Marang, Terengganu ....( di Jambu Bongkok hanya ada satu sahaja masjid)

Apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut...?

Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wudhu.... Wudhu untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi....? Kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan? Selanjutnya baca di sini..

ASHAMSURI : aku ni jarang sangat lah nak komen hal - hal yang macam ni lebih lebih lagi yang melibatkan hal hal dalam kain. Cuma kali ni aku tergerak hati nak publishkan artikel rakan blogger untuk sama - sama share dan amik iktibar pada mana yang berkaitan.

Sekarang ni pun dh makin hari makin ramai Tok Guru Terjun. Asalkan dalam komponen atau kabinet PAS, maka gelaran Tok Guru ni bebas diguna pakai dan bebas jugak berceramah di mana mana. Permit ker, sah atau idak ker, tu dah jadi modal kedua. Yang penting boleh bersuara dan memaki hamun sesama Islam. 

Dan yang paling ketara, bila ceramah yang disulami sedikit ilmu dan sebanyak makian, then tambah lak skit skit hal dalam kain semasa berceramah, maka 'ustaz' tersebut akan dikerumi oleh orang ramai yang berminat mendengar sesi pengajiannya, dan 'ustaz' tersebut jugak akan cepat popular. Aku dulu pun ada gak mengaji serba sedikit dengan ustaz - ustaz dulu, tapi takder lah pulak deme ni mengajar aku bermaki makian. Aku pandai memaki ni pun sebab belajar sendiri hehehe..

Manusia makin hari dah makin tak takut mati. Dah makin jauh dari landasan hidup yang sebenar. Aku tak kisah kalau kau nak berjahat pun pasal semua orang ada gaya dan mentaliti masing masing. Tapi jangan jadikan agama sebagai alasan dan tiket mudah untuk mencari kekayaan dan berfoya foya sesuka hati.

Jabatan Agama tolong tengok tengok sikit ustaz ustaz yang dah makin ramai hari ini. Dan khabar khabar angin mengenai Ustaz Azhar ni pun tolong tengok sama, pasal kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Ini untuk memastikan kredibiliti Ustaz dan Ustazah terjaga dan institusi Islam itu tetap unggul dalam tamadun Malaysia ni.

Sesi Persekolah Bermula - Moga Jadi Orang, Jangan Jadi Gampang..


Hari ini sesi persekolahan bagi tahun 2012 pun bermula. Maka berduyun duyun lah kita akan sakisikan anak – anak kita memasuki fasa baru alam persekolahan mereka. Bagi yang baru Darjah Satu, kita akan tersenyum melihat keletah anak – anak kecil yang menangis, meraung tidak mahu ditinggalkan oleh penjaga mereka. Comel lah kalau kita tengok bebudak menangis meraung sebab tak mau pergi sekolah berbanding dengan budak budak besar yang menjerit dan meraung berdemo depan Universiti pasal menjilat komponen pembangkang.

ini lah hasilnya kalau tak tahu  berterima kasih
 Menuntut ilmu di Malaysia sudah menjadi semakin mudah. Jika zaman aku dulu, berjerih pekik mak bapak aku mencari duit untuk bayar bermacam – macam jenis yuran termasuk Derma PIBG yang bersifat mandatori. Inilah satu satunya derma yang di paksa huhu..kesian mak bapak aku dulu. Tapi hari ini, kebanyakkan yuran yuran tersebut telah pun di mansuhkan. Dan pelajar pelajar Tingkatan Enam turut menerima baucer RM 200 untuk pembelian buku buku sekolah. Ini merupakan satu lagi bentuk transformasi pendidikan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Begitu banyak keistimewaan yang diperkenalkan setiap tahun demi meningkatkan golongan ilmuan para anak bangsa terutama bagi kaum melayu. Biasiswa, dermasiswa, PTPTN, tajaan dan macam – macam lagi jenis bantuan dan saran yang diperkenalkan berdekad lamanya untuk pihak kerajaan sama – sama membantu meningkatkan taraf modal insan negara. Itu pun masih ada lagi segelintir generasi terkini yang buat huru hara kononnya semua yang kerajaan telah sediakan mahu di rombak dan di ubah. Semua org tak betul, deme jer yang betul.

Aku berharap agara bebudak sekolah yang memulakan sesi persekolahan tahun ini, akan membesar dan menjadi manusia yang berguna dan berjaya. Semoga mereka beri tumpuan pada pembelajaran dan ilmu yang mereka dapat akan menjadi panduan untuk deme menggunakan akal fikiran dikemudian hari. Habis belajar nanti, kau nak berpolitik ke, atau nak berceramah sampai tercabut anak tekak pun, tak de sape pun yang peduli. Time belajar ni, fokus lah pada pelajaran. Kesian mak bapak yang bersusah payah mencari duit buat menyekolah kan korang semua.

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Selamat Tahun Baru 2012 dengan harapan agar tahun ini lebih baik, lebih indah dari tahun tahun tg sebelumnya. Moga akan bertimpa timpa kejayaan yang akan diraih pada tahun ini. Hehehehe..HAPPY NEW YEAR!!!

Sent from Samsung tablet

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...