Sunday, January 22, 2012

GONG XI FAT CHAI

Aku ada ramai kawan dari kaum Tionghua..ada yang baru aku kenali,ada rakan satu fakulti,ada jugak rakan niaga,rakan kerja dan yang paling aku rundui sudah pastilah rakan rakan yang membesar sama sama dari alam persekolahan rendah dan menengah dulu..

Masa tu tiada rasa prejudis atau sangsi. Yang ada cuma ruang persahabatan yang iklas dan bergembira tiap hari bertemu di sekolah dan bergelumang di padang bola hahaha..sometime look like kerbau wooo..

Kami tak pernah peduli sama ada ibu bapa tu dari UMNO ke, PAS ke, MCA ke atau pun DAP..ermmm PKR lom ada lagi masa tu hahaha..tapi bila dah besar panjang ni, masing masing ada ideologi dan fahaman masing masing. Namun itu tak menghalang untuk kita terus hidup aman damai dan harmonis.

Ketepikan fahaman sempit dan fanatik. Kita pernah jadi ikonik sesama sendiri di zaman kanak kanak. Atas kesempatan ini, aku ucapkan Gong Xi Fat Chai pada semua rakan rakan berbangsa Cina. GONG XI GONG XI maaa..moga tahun Naga Air ni akan bawak manyak ong sama kita wooo..1Malaysia spirit geng..adios..


Sent from Samsung tablet

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...