Saturday, January 14, 2012

Berebut Nak Serahkan BR1M

Bermula daripada tarikh 15 Januari ni, penyerahan bantuan BR1M seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan bajet Oktober lalu akan mula dilaksanakan.

Cuma yang aku lihat banyak pihak dari Ketua Bahagiannya, Adunnya, Ahli Parlimennya dan ada sesetengah tempat penyelaras Parlimen pun turut sama untuk mengaut political millage daripada majlis majlis penyerahan tersebut.

Aku nak komen lebih pun malas, pasal dari perhatian aku BN ni dari dulu lagi tak mahu berubah. Time buat kerja semua malas dan menyorokkan kepala seperti burung kasawari, tapi masa nak melobi atau nak tonjolkan nama masing -masing,semua laju jer ke depan.

Harap ia tidak akan menjejaskan dan mengagalkan usaha kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat melalui skim teansformasi bantuan ini. Fikir fikirkan lah. Jangan kita berebut dan berbalah sesama sendiri yang hanya akan merugikan kita di masa hadapan. Sekarang ialah masa untuk merapatkan 'Barisan'..


Sent from Samsung tablet

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...