SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) – Labur RM5000, Setiap Bulan Dapat RM134.
Hujung bulan ini bakal dibuka jualan unit melibatkan SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia), skim yang terbaru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam. Kalau dapat 100,000 pelabur pukul rata masing-masing membuat pelaburan RM5,000, kerajaan Malaysia sudah dapat tabungan sebanyak RM500,000,000 (RM500 juta).
Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) Ini?
- Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
- Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
- Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah
- Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.
Cara Memohon Sara 1Malaysia (Borang Permohonan)
- Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.
- Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda kelak
- Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti :
- Kad pengenalan pemohon (2 salinan)
- Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
- Bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)
Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia
- Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
- Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000. Jelas?
- Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
- Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
- Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
- Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
- Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:
atau….
- Gaji bawah RM3,000 – buah pinjaman RM5,000
- Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman
- Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
- Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84)
- Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
- Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134 (pulangan tetap) selama 5 tahun
- Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan
Bagaimana? Anda berminat dengan tawaran skim Sara 1Malaysia? Walaubagaimanapun sebelum itu, di sini kami ada beberapa persoalan yang mana diharapkan kerajaan dapat menjawabnya kelak, mungkin baru lagi jadi sesetengahnya masih lagi samar-samar dikalangan ramai. Antaranya ialah :
- Kerajaan ada atau tidak penasihat syariah dalam skim Sara 1Malaysia ini? Patuhi shariah compliance atau tidak?
- Sebelum ini kecoh dikatakan pulangan tetap dalam saham internet/MLM adalah haram, ini adalah maklumat yang berkaitan pengharaman. Seperti apa yang berlaku dalam Swisscash contohnya, duduk diam dapat duit.
- Kata Ibn Munzir: Dan telah sepakat (ijmak) bahawa terbatal qiradh yang disyaratkan keuntungan untuk salah seorang atau kedua-duanya dengan keuntungan dirham (nilai) tertentu.
Minta maaf jika ada yang tidak bersetuju, kerana bagi kami mana-mana pelaburan sekalipun hanya sesuai untuk individu yang mempunyai lebihan tunai bukan dengan cara buat pinjaman.
Harapan kami cuma satu, supaya kita semua jelas dengan skim Sara 1Malaysia. Pro dan kontranya.
sumber : Berita Semasa
ASHAMSURI : aku share info dari sumber di atas. Maybe ia boleh bantu sedikit sebanyak kefahaman mengenai SARA 1Malaysia ni..secara peribadi, aku rasa skim ini bagus.
ASHAMSURI : aku share info dari sumber di atas. Maybe ia boleh bantu sedikit sebanyak kefahaman mengenai SARA 1Malaysia ni..secara peribadi, aku rasa skim ini bagus.
No comments:
Post a Comment