Hari ini sesi persekolahan bagi tahun 2012 pun bermula. Maka berduyun duyun lah kita akan sakisikan anak – anak kita memasuki fasa baru alam persekolahan mereka. Bagi yang baru Darjah Satu, kita akan tersenyum melihat keletah anak – anak kecil yang menangis, meraung tidak mahu ditinggalkan oleh penjaga mereka. Comel lah kalau kita tengok bebudak menangis meraung sebab tak mau pergi sekolah berbanding dengan budak budak besar yang menjerit dan meraung berdemo depan Universiti pasal menjilat komponen pembangkang.
ini lah hasilnya kalau tak tahu berterima kasih |
Menuntut ilmu di Malaysia sudah menjadi semakin mudah. Jika zaman aku dulu, berjerih pekik mak bapak aku mencari duit untuk bayar bermacam – macam jenis yuran termasuk Derma PIBG yang bersifat mandatori. Inilah satu satunya derma yang di paksa huhu..kesian mak bapak aku dulu. Tapi hari ini, kebanyakkan yuran yuran tersebut telah pun di mansuhkan. Dan pelajar pelajar Tingkatan Enam turut menerima baucer RM 200 untuk pembelian buku buku sekolah. Ini merupakan satu lagi bentuk transformasi pendidikan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional.
Begitu banyak keistimewaan yang diperkenalkan setiap tahun demi meningkatkan golongan ilmuan para anak bangsa terutama bagi kaum melayu. Biasiswa, dermasiswa, PTPTN, tajaan dan macam – macam lagi jenis bantuan dan saran yang diperkenalkan berdekad lamanya untuk pihak kerajaan sama – sama membantu meningkatkan taraf modal insan negara. Itu pun masih ada lagi segelintir generasi terkini yang buat huru hara kononnya semua yang kerajaan telah sediakan mahu di rombak dan di ubah. Semua org tak betul, deme jer yang betul.
Aku berharap agara bebudak sekolah yang memulakan sesi persekolahan tahun ini, akan membesar dan menjadi manusia yang berguna dan berjaya. Semoga mereka beri tumpuan pada pembelajaran dan ilmu yang mereka dapat akan menjadi panduan untuk deme menggunakan akal fikiran dikemudian hari. Habis belajar nanti, kau nak berpolitik ke, atau nak berceramah sampai tercabut anak tekak pun, tak de sape pun yang peduli. Time belajar ni, fokus lah pada pelajaran. Kesian mak bapak yang bersusah payah mencari duit buat menyekolah kan korang semua.
2 comments:
Dah nama pun budak-budak, memanglah kuat meraung dan menjerit.. Lagipun mereka rasa mereka tergolong dalam orang bijak... biarkan je la.. dah penat nanti, tahulah mereka berhenti sendiri...
masalah nye mereka cuma berhenti bila di berhentikan dr pengajian..rugi lah utk anak2 melayu..
Post a Comment