Tuesday, June 12, 2012

Beranikah DS Najib Memutuskan Calon Boleh Menang?


Kira – kira dan congak umum mengenai tarikh sebenar PRU13 makin hari dah makin kuat diceritakan. Tapi dalam menentukan tarikh tersebut, perkara yang jauh lebih penting adalah penentuan calon boleh menang, atau dalam bahasa penjajahnya ‘winnable candidate’. Soalnya sekarang ini, ada banyak kerusi yang jika masih lagi diletakkan calon – calon berdasarkan hierarki dalam parti mahupun kuota pembahagian kerusi yang dilihat semakin hari semakin tidak relevan.

Ada sesetengah tempat Ketua Bahagian bukan calon yang popular didalam masyarakat. Popular dalam UMNO bukan semestinya akan popular juga dalam masyarakat. Lupakan seketika hal UMNO, kerana aku melihat walaupun ada calon – calon mengikut ranking dalam UMNO yang tidak sesuai sebagai calon PRU, tetapi gerak kerja UMNO dalam mendekati masyarakat sentiasa bergerak dan berjalan.

Soalnye sekarang ini, calon – calon dari pari komponen. Jika kita masih lagi mengguna pakai system kuota ini, alamatnya adalah antara kerusi – kerusi yang akan kalah mudah sebelum hari pertandingan. Perkara ini DS Najib tahu, dan aku rasa kepimpinan parti komponen juga tahu, masalahanya adakah mereka bersedia mengorbankan kerusi dan kuota masing – masing untuk kepentingan BN secara kolektif? Ada antara mereka yang setuju untuk korbankan kerusi tapi dengan kaedah swapping. Korban secara percuma atas nama perjuangan dan permuafakatan, haram lah jawapnya.

Bersediakah Najib mengunakan kuasa veto sebagai PM dan Pengerusi BN? Dan bersediakah juga Najib mengenepikan nama – nama besar dan rakan taulan yang sentiasa berada disekeliling beliau lebih – lebih lagi mereka – mereka itu sedang hangat melobi diri sebagai calon? Ini penyakit kepimpinan dari dahulu. Lobi jadi calon sepatutnya dengan menunjukkan muka dalam kawasan bersama rakyat, bukan menunjukkan muka kepada PM.

Kalau nak terus berkuasa, perlu lah ada keiklasan dan pengorbanan kali ini. Jangan ada unsur sabotaj dan iri hati. Inilah masanye untuk membuktikan keiklasan dan mengutamakan parti. Jika nak berbakti kepada masyarakat ni, tak perlu jadi YB pun boleh jugak tabur bakti. Apa ada hal maaaa…

Lainlah kalau dah pasang niat nak jadi YB coz nak jadi jutawan, bab tu yang payah nak cakap hehehe..

2 comments:

Unknown said...

dah seminggu bro. baru ada entry baru. haha. melancong ke?.. kalu lu jd najib pun lu fenin bro..
org muda nak naik tp org lama nak kekal.. fenin beb!

ASHAMSURI said...

hahaha..xde isu menarik nak dibebelkan bro..wa suke blog baru lu hehe..najib xperlu fenin, dia kena BERANI! yg lama tu blah lah..baru aku boleh jd YB hahaha..

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...