Seorang kenalan aku
yang bergelar Datuk Prof. Madya memberi pandangan. Dah banyak negara luar yang
dia dah pergi, katanya tugas Wakil2 Rakyat: Jika di negara maju spt USA,
Australia, UK...bahkan di China..Wakil2 Rakyat adalah Pembuat Polisi (Policy
Makers). Mereka berbahas, menganalisa, mengkritik serta memberi idea dan
cadangan2 dalan Parlimen atau lain2 Dewan Perwakilan mengenai polisi2 kerajaan
dan negara. Mereka juga boleh mengemukakan kertas2 cadangan mereka sendiri. Itu
kata dia lah, aku tak tau lah betul atau idak pasal aku tak pernah ke luar
negeri malah kaunter Imegresen untuk cop passport pun aku tak kenal. Kaunter
post office tau lah aku hehehehe..
Itu di negara luar
Datuk. Di Malaysia ini, tugas wakil rakyat adalah berbeza. Tugas mereka ialah
menghadiri majlis majlis kenduri khawin, merasmikan Mesyuarat PIBG sekolah,
menempek pada program – program KEMAS, Penerangan dan sebagainya untuk
tingkatkan political millage, ermm maybe sedikit masa untuk bermain golf, ke
Danok oppss..mungkin juga tempat2 lain hehehe..menunjukkan muka bila pemimpin
utama turun ke kawasan, jika idak, haram nak nampak.
Kerana apa ini berlaku?
Kerana tahap mereka cume disitu. Sebab kita pilih calon berdasarkan betapa kuat
dia bodek kepimpinan, orang yang cerdik pandai kita halang untuk ke peringkat
yang lebih tinggi pasal kita tak mo penyandang sedia ada kena cantas maka wujudlah
wakil wakil rakyat yang sebelum2 ini kepala samseng, posmen, budak2 liar mana
ntah, dan mcm2 lagi profession yang tahap pendidikannya masa apply kerje tu tak
memerlukan kelulusan yang tinggi pun. Jadi kita nak harapkan apa dari golongan
sedemikian? Mereka pun cuma baca dan present apa yang dibuat oleh penjawat2
awam di dalam sidang DUN dan Parlimen. Ini berlaku tak kira dalam BN ataupun
PR.
Pasal tugas utama
wakil2 rakyat hari ini ialah untuk menang PRU bagi kawasan yang diwakili masing
masing. Then lain2 tugas mentadbir negara terus dimonopoli oleh segelintir
pemimpin utama sahaja dan YB2 yang lain cukup sekadar jadi pak turut dan tukang
angguk tanpa berani membantah. Kang bantah, hilang pulak kerusi utk next
erection oppsss silap lagi, election.
What u give, u get back
la hahahahaha...opppppsss...ada satu lagi..iaitu membentangkan cerita cerita porno lawan masing - masing. Ni yang jauh lebih penting daripada memikirkan nasib rakyat dan dasar2 utama negara..huhuhu....
2 comments:
haha! wakil rakyat.. adus. geli geleman nengor name deme. yeop!
hahaha..dlm dok geli2 tu pun ramai yg berminat yeop hehehe..
Post a Comment