Wednesday, June 27, 2012

MB Perlis, Mohd Isa Sabu Menipu, Ijazah PHD Milik Beliau Sebenarnya PALSU?

KANGAR: Seorang ahli Pemuda Umno Arau membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu mengenai status ijazah doktor falsafah (Phd) beliau.
Syed Atif Syed Abu Bakar yang juga Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar tengah hari tadi.
“Menteri Besar telah menggunakan gelaran itu dalam dokumen dan majlis rasmi kerajaan negeri dipercayai diperolehi dari sebuah institusi pengajian tinggi yang tidak mendapat tauliah atau akreditasi daripada agensi pemberi tauliah yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Amerika Syarikat.

“Saya membuat laporan ini supaya pihak polis dan kerajaan Malaysia menyiasat status Phd milik Mohd Isa atas dasar intergriti yang berkaitan dengan unsur-unsur jenayah penghinaan akademik yang serius dan menyalahi undang-undang negara,” katanya dalam laporan polis tersebut.
Atif berkata, rakyat Perlis bercakap mengenai status Phd milik Menteri Besar itu.
“Sebelum ini, kami mengadakan peraduan menawarkan hadiah RM10,000 dalam Facebook untuk membolehkan orang ramai mengesahkan status Phd tersebut.
“Bagaimanapun, selepas peraduan itu dibuat lawan web rasmi kerajaan negeri telah mengeluarkan gelaran Phd tersebut,” katanya.
Ahli Umno Pauh, Abdul Halim Sani yang hadir sama di IPD Kangar hari ini mendakwa Mohd Isa menggunakan Phd dari Universiti New Port, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, menuurt Syed Atif, universiti tersebut tidak wujud sama ada di Amerika Syarikat atau di tempat lain.

ASHAMSURI : Pasal tu aku cakap hanya PM dan TPM jer yang buat kerje seperti di sini. Aku bukan nak galakkan penyalah gunaan kelayakan akademik seperti ini, betul atau idak aku pun tak pasti kesahihannya. Cuma banyak lah laporan dan blog blog yang udah bercerita pasal benda ni.

Dan dalang untuk benda ni pun dah tentu tentu kita boleh agak sape mastermind dibelakang tabir, dah tentulah seseorang yang sangat giler jawatan tu kan. Macam dah takde masa atau waktu lain lak nak buat report dan bongkar hal ni. Mesti nak tunggu time - time dah dekat PRU. Cantas menyantas dan cah keting ni dah lama menular dalam UMNO. Lau tak dibendung, memang jawapnya putih mata.

Dah dekat PRU lak baru tersedar Phd MB tipu..Phuiiiii..selama ni kome tidur ke yang baru sekarang lak perasannya? Banggang..semua nak merosakkan parti..yang buat report pun bangang mcm dah takder cara lain nak selesaikan, yang jadi mastermind lagi lah bangang dan yang beli Phd tu pulak sebangang bangang manusia. 

Namun, aku berfikiran positif, ini mungkin satu lagi strategi Najib gamaknye huhu..Aperrrr pun tak boleh..


2 comments:

Unknown said...

mcm gila ada. kalau betul palsu bermakna mamat ni nak berlagak pandai lerrr! Tapi kalau pandai palsu maknanya langsung tak pandai.Tak pandai maknanya bodoh pianggg!

Anonymous said...

kalau diperiksa wakil-wakil rakyat yang ada ni, ramai yang punyai ijazah palsu ni.., kerajaan patut awasi dan benteras jenayah penipuan ijazah secepat mungkin kerana ianya menginaya mereka yang benar-benar punyai ijazah tidak dapat peluang...

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...