Apa Mau Takut? |
Ramai orang dari
peringkat orang awam ke para bloggers Pro BN dan dah sampai ke tahap TPM, semua
dok berkira hitung berapa ramai jumlah kehadiran penyokong PAS ke Kedah untuk
Perhimpunan Hijau mereka tu. Adatlah kalau pro PR gembar gemburkan kehadiran ramai
ahli mereka coz mereka nak tunjukkan kekuatan dan perpaduan mereka. Yang kita
dok sibuk sibuk bilang tu buat apa..
Kita buat aje kerja
kita, dari sibuk bilang kehadiran jumlah mereka, baguslah kita bilang berapa
ramai lagi rakyat yang tak cukup makan, yang kurang terima bantuan, prasarana
belum sempurna, rumah terbakar, kematian, bencana alam, eksiden drag race oppsss
eksiden jalan raya dan macam macam lagi.
Kita tak perlu risau
kekuatan orang lain sekiranya kita lebih kuat dan kita dah buat semua
tanggungjawap kita sebagai pemerintah terhadap sekalian rakyat yang diperintah.
Pengundi hari ini telah semakin bijak, mereka mengundi berdasarkan calon yang
bersih dan boleh diharap. Istilah BN letak tunggul pakai songkok, dah tak
relevan dengan senario politik hari ini.
Maka, lupakan berapa
jumlah kehadiran mereka, lupakan juga mekanisme bagaimana mereka himpunkan semua
penyokong mereka, tapi kita perlu consensus serta istiqamah dalam usaha beri
servis dan nilai yang jauh lebih baik kepada rakyat.
Hari mengundi ibarat
macam orang pergi market la. Ada 2 jenis buah betik. Satu bagus dan satu lagi
lebih bagus. Maka mereka pasti akan pilih yang lebih bagus tu. Orang giler jer
beli pilihan kedua. Lantakkan kekuatan mereka sekiranya kita benar2 kuat dan
telah bersedia. Itu janji semua penyokong saat berhimpun Lautan Merah di
Stadium depan DS Najib hari tu kan..so, BUKTIKANLAH KEKUATAN SEBENAR KITA!
No comments:
Post a Comment