Monday, May 28, 2012

Tragedi Himpunan Belia 2012 : Adoiiiiiiii Shabery...

Dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.
Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut bahawa tiada kematian dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih belum dapat disahkan.
Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan manakala pihak polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, sumber yang belum disahkan mengatakan seorang penonton maut dan kesahihan mengenainya masih dalam siasatan.

sumber : Media Malaysia

Ashamsuri : Aku pun tak tahu nak kata apa lagi. Pro BN kata ini dah ketentuan Illahi, Qada dan Qadar. Pro PR pula kata ini lah bala, atau balasan Allah SWT coz program yg entah apa apa yang dijadikan pengisian. Ini bukan aku kata, tapi deme yang kata. 

Pada aku pulak, aku tetap berpegang pada kenyataan bahawa takde penyakit sengaja cari penyakit. Jadi aku tak boleh lah katakan program BERSIH Ambiga tu banggang, alih alih program Drag Race ni bagus pulak kan. Coz sama jer kesannya mcm yang aku cakap kat sini. Masing masing dah besor panjang, ada otak, yang ko pergi join acara acara bodoh ni buat apa. Terang terang dah tahu race tu merbahaya. Sibuk kita haramkan filem filem yang ada unsur unsur racing dan rempit ni dah tak boleh diterbitkan lagi, tapi kita sendiri anjurkan benda benda macam ni. Didikan memerlukan komitmen semua pihak. Dan kali ini kerajaan perlu bertanggung jawap bukan pada mangsa kemalangan tapi kepada bagaimana situasi bodoh ini boleh berlaku.

Aku ada terdengar berita mengatakan Menteri KBS tanggung semua kos rawatan. Itu sudah menunjukkan betapa kerajaan sendiri terpukul dengan insiden ini. Jika tidak, kenapa bersusah payah nak tanggung kan. Apa istimewanya mangsa mangsa kali ini jika dibandingkan dengan mangsa lumba haram, atau mangsa mangsa drag race yang lain. Tu nak cover rasa bersalah lah tu. Elok elok Najib dah berusaha mcm mcm hal nak kasi cantik coz PRU dah dekat, alih alih benda ni dah jadi spoil skit huhu..abih lah ko Shabery..Macam dah takde acara yang semenggah korang nak buat.


3 comments:

Unknown said...

selamat mengomen lg bro. lama tak nulis. mana pegi?
pelumba drag tu org tempatan ke luar negara?

Unknown said...

jadi memang dah terjadi. tapi ikhtibar kena ambik juga. buat sesuatu jgn ambik mudah saja. kena fikirkan segala aspek terutama keselamatan. Dah tau bebudak mudabelia memang degil, letak lah polis mengawal keadaan macam kat stadium masa lawan bola.

ASHAMSURI said...

ada jer bro..xbanyak isu atau topik menarik..betul ckp lu, kawalan keselamatan tu yg perlu d amik berat..

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...