Thursday, May 24, 2012

Peserta BERSIH mungkin buta sebelah mata - Ambiga amik jadi anak angkat..


Salah seorang peserta yang cedera serius terkena kanister gas pemedih mata sewaktu berlaku kekecohan ketika perhimpunan BERSIH 3.0, tampil hari ini untuk mencerita apa yang telah menimpa dirinya.

NONEAsrul Wadi Ahmad, 29, (dua dari kanan) dari Kepala Batas, telah diperiksa oleh empat
orang doktor dan mungkin didiagnosis buta mata kanannya  jika
keadaan tidak bertambah baik dalam tempoh enam bulan.

Asrul berkata dia terkena kanister gas pemedih mata tepat di mukanya pada kira-kira jam 3.15 petang di sekitar Masjid Jamek, ketika dia menyertai bantahan BERSIH pada 28 April.

Katanya, dia hilang penglihatan di mata kanannya, dan setiap kali dia melihat, terdapat tompok hitam di dalam pandangannya.

Para doktor memberitahunya bahawa kesan pada matanya disebabkan oleh satu objek yang mengenainya pada kelajuan yang tinggi.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang, Asrul berkata keadaan adalah tenang ketika dia berada di sekitar Masjid Jamek,
tetapi ia tiba-tiba bertukar menjadi kacau-bilau apabila gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai.
NONEApabila dia terkena kanister tersebut, Asrul rebah dan dibantu oleh orang ramai yang membawanya ke sebuah hospital berhampiran, di mana beliau menerima sembilan jahitan di bawah matanya.

Apabila ditanya sama ada dia menyesal dengan keputusannya untuk menyertai perhimpunan tersebut, Asrul berkata, "Tidak, ini adalah perjuangan rakyat."

Katanya, dia akan menyertai lagi perhimpunan jika BERSIH 4.0 dianjurkan.

Sebagai belia, kata Asrul, mereka mempunyai tanggungjawab untuk memastikan negara kekal demokratik.
Asrul dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap polis ekoran apa yang menimpa dirinya.
Dia juga telah hilang pekerjaan sebagai seorang jurutera mekanikal di sebuah syarikat pembuatan di Pulau Pinang, yang ditawarkan kepadanya sebelum perhimpunan BERSIH diadakan.

"Mereka memberitahu saya bahawa pekerjaan tersebut memerlukan seseorang yang mempunyai penglihatan yang baik," katanya sambil menambah, dengan keadaannya itu, dia tidak lagi sesuai untuk pekerjaan tersebut.

 ASHAMSURI: Ini lah yang dikatakan cerdik buah pelior ( kalau orang Perak ler )..Elok elok duduk di rumah, mereka sibuk nak berdemonstrasi dan berBERSIH bagai. Elok elok sihat, sekarang kan dah payah. Memang lah itu Qada' dan Qadar, tapi Allah dah beri akal fikiran untuk berfikir.

Sekarang puak puak PR kompom akan buat sidang media di sana sini lah untuk highlight isu ini. Sedangkan dia orang yang create perhimpunan tu, penyokong penyokong dia orang yang merusuh, pemimpin - pemimpin mereka yang provoke, alih alih bila nak buta salahkan Kerajaan, salahkan pihak Polis. 

Mamat ni bukan lah budak banggang coz sah sah dia ni jenis cerdik pasal Jurutera Mekanikal tu, antara bidang kejuruteraan yang susah nak score, lebih lebih lagi orang melayu ( kurang pasti lak aku dia blajo dulu guna kemudahan Kerajaan atau idak ), tapi dah graduated jadi bongok lakk dia.

Aku kesian, bukan tak kesian kat dia tapi...LU PIKIR LAH SENDIRI BRO! Mana Anwar? Mana Ambiga? Mana dia puisi Sasterawan Negara? Woiiiii..bela lah nasib dan masa depan si belukang ni..

Sumber : Malaysiakini

4 comments:

Unknown said...

codik buoh plior.. hehehe!

ASHAMSURI said...

hahaha..mike pun tahu ek..

The Fakhirin said...

LOL

Unknown said...

mana lu bro? kawin lari ka? hahaha!berapa ari dah tak nampak. hehehe!

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...