Bila nak PRU ni? Makin
lama makin sesak kepala dibuatnya. Makin lama pending, makin Nampak perpecahan
rakyat Malaysia ni terutama orang Melayu. Aku tak tahu lah sama ada orang
melayu jer yang berpolitik atau sememangnya orang melayu jer yang LEBIH LEBIH
berpolitik ni.
Aku ada ramai sahabat
daripada rakan rakan di sebelah PR. Bila tengok mereka menulis dalam facebook
ker, twitter ke, blog ker atau pun sekadar sembang sembang santai, masing
masing akan tegakkan pendirian masing masing walau pun ada kalanya pendirian tu
dah terang terang salah. Fanatik tahap mega giler babi punye, tak kira lah
belah PR apa lagi yang belah BN.
Jadi sila lah Tok Jib
segerakan PRU ni, dah tak tertanggung rasanya hari hari nak nyembang politik.
Harga barang tetap naik jugak, kos hidup tetap jugak makin tinggi. Sekarang
semua orang sibuk cerita pasal BERSIH lah, pasal NKP Kampar yang flip flop tu
lah, pasal video vodeo porno pemimpin pembangkang lah, yang latest dan di
tunggu tunggu sekarang pasal video Nurul Izzah pulak, macam semua hidup ini di selubungi seks dan porno jer. Sampai lupe
kita pada kos sara hidup yang dah melambung lambung tingginya sekarang. Lupa
pada peluang peluang pekerjaan yang semakin tak ada sekarang ni. Banyak lah
aspek kehidupan lain yang kita lupa lantaran sibuk berpolitik.
Jadi, Dato’ Seri Najib,
tolong cepatkan PRU dan lepas tu parti Pemerintah sila lihat dan selesaiikan
masalah rakyat yang bertimpa timpa ni. Rakyat takkan kenyang dan senang dengan
hanya memamah berita dan isu politik setiap hari. Muak dah!
No comments:
Post a Comment