Tuesday, May 15, 2012

7 Sebab Umno BN Sudah Tak Layak Perintah Negara - Ini Jawapan saya


Aku dapat artikel ini dari sini.Aku nak jawap jugak dari sudut pandang aku. Pasal deme ni memandai mandai jer, semua yang BN buat salah dan semua yang PR buat tu betul. Tahap fanatik dah melebihi segala galanya. Kita bukan maksum pun atas dunia ni. Semua orang buat silap, cuma kesilapan BN tu lebih sedikit daripada PR dan kebaikan BN tu pulak lebih banyak daripada kebaikan PR. So, yang terbaik tentulah lebih sesuai memerintah negara hahaha..


 Ini ialah 7 jawapan balas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berucap di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2012, kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.

Pertama, apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan.

Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009.

Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion.

Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan.

Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion.

So, jikalau negeri negeri PR buat dan tak bangkrap, kenapa boleh kata BN beri bantuan itu dan ini, akan bangkrap pulak? Kira bagus lah PR dan BN berlumba – lumba bagi bantuan, rakyat jugak yang dapat hasil dan manfaatnya.

Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman batu.

Tapi infra mereka dibuat oleh parti parti yang memerintah negara – negara tersebut. Kalau UMNO gi buat kat sana, lagi banyaklah modal PR hahaha..ni soalan zaman batu ni..

Kedua, parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010 indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008.

Laporan KAN jer satu satunya entiti kerajaan yang PR akui, sebab sebelah ke deme..lain – lain entiti semua tak betul. Apa jaminan PR akan buat lebih baik daripada BN? Cube bagi bukti sikit. Yang Selangor tu Nampak bagus sebab ia hasil daripada management Kerajaan yang sebelumnye. Kerajaan Selangor sekarang cuma dapat kredit aje dari usaha usaha penambah baikan sebelum ini. Negeri negeri lain bawah PR macam mana pulak? Hujah perlu bukti, bukan main sedap mulut je.

Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar.

Kat Penang yang tak boleh nak azan tu apa cerita pulak? Yang tokong Buddha terbesar di Kelantan tu macam mana nak citer? Yang Anwar pakai nande tu bagaimana pulak? Itu nak harap jaga agama Islam? Sampai samakan LGE dengan salah seorang sahabat Nabi? Akai ada ka?

Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993?

Zahid Hamidi sendiri pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja ialah “saya” untuk ganti perkataan “patik”. Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu.

Keempat, Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011.

Abih tu yang puak puak PR/PAS berguling guling atas jalan protes pada Sultan Perak tu macam mana lak? Yang puak puak PR tak hormat majlis pertabalan Agong itu hari, korang nak komen ape?


Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.

Kedah nak urus KUIN pun tak mampu, so jangan gebang nak cerita pasal tadbir negara. Masa Kedah kena banjir teruk itu hari pun, Kerajaan Pusat yang banyak bantu.

Kalau Najib tak bijak, dah lama negara ni melingkup. Sekurang kurangnya nilai dia bukan RM 1 seperti Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Ibarat pemain bolasepak, untuk dapat sebagus Messi, ia tentulah mempunyai nilai yang tinggi. Kalau setakat bayar RM1, paham2 je lah macam mana punya kualitikan.

Kelima, parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012?

Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara.

Yang anjur BERSIH ni sape pulak? BN ke? Yang jadi tangan tangan ghaib dibelakang Bersih ni sape? Sape yang main isu rasis?

Bab PAS kata UMNO tu tak Islam, tak rasis ke? Jangan lihat rasis dalam konteks yang kecik. Apa jaminan semua dalam UMNO masuk neraka dan semua dalam PAS masuk syurga?

2 comments:

Unknown said...

dah tak de benda nak pos bro. tu yang wa meracau jer tuu.

Unknown said...

bab berguling-guling atas jalan tu wa takbley tahan nak tergelak bro. cantekkkk!

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...