BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
PM pertama Kristian
Anak-anak Melayu sibuk dengan demo dan bantah. Berkorban melakukan sesuatu yang bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang mereka sendiri harapkan. Ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika mereka mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini. Bukan sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah.
Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13 adalah landasan mula pelaksanaan Pancangan Kristianisasi Malaysia yang pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti.
Biarpun kalah dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat kepada UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang bahawa jika benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu dengan bantuan pakar dari para pelobi antarabangsa.PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT
ASHAMSURI: tiada istilah angkuh atau besar kepala, kesedaran kena ada. jangan dah terhantuk baru nak tergadah. Jika betul kita berjuang untuk pertahankan Islam, pertahankan bangsa Melayu dan pertahankan kuasa politik Melayu di negara ini, ketepikan sentimen politik yang bodoh dan memualkan.
Jangan jual agama dan bangsa atas paksi politik. Kelak esok tergadai segalanya dan kita berputih mata. Beringat sebelum terlewat. Jangan berkeringat selepas terliwat..itu beda kata Ahmad Dhani hahaha...
3 comments:
bravo... bro menulis lagi!
bodoh punya artikal.. oiiii mak cik felda bole lar percaya.. otak letak lutut tul penulis nie
Tun Sambanthan pernah jadi PM Malaysia sehari..
Post a Comment