Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0 - Penganjur ( 1 ) vs Kerajaan ( 2 )


Alahaiiiiii...
 Bersih 3.0 sudah pun berlalu. Ia siri yang bersambung sambung daripada siri 1.0, 2.0 dan beberapa hari lalu ke siri 3.0. Implikasi, natijah, kesan dan hasil daripada Bersih tu pun dah nampak. Berbeza 2 siri awal, siri yang terbaharu ni lebih haru lagi. Banyak sumber online yang sekejap kata ada polis mati, kejap kata tak jadi mati, kejap mati kejap tidak mati. Sekarang ni perkara mati pun boleh buat main – main. Takde pulak setakat ini mana mana sumber cuba dapatkan kesahihan daripada keluarga terdekat mangsa polis berkenaan sama ada dia benar benar mati atau tidak. Yang ada aku Cuma terbaca tweeter Menteri KDN je mengatakan jangan percaya pada khabar angin tapi rakyat kena ‘percaya’ bahawa satu bentuk tindakan tegas akan di ambil oleh KDN untuk menanggani pencetus – pencetus rusuhan B3.0 ni.
Bersihkan Angry Bird. Sape punye? Hehehe
Macam – macam gambar sama ada yang superimpose, yang asli, yang diada adakan, yang kata ia dicetuskan oleh provokasi Kerajaan, malah ada yang katakan rusuhan bermula dengan restu Ketua Umum PKR, macam – macam rumors dan andaian. Tak kurang juga yang tolak menolak untuk lari dari tanggungjawap setelah banyak kerosakan termasuk mencalarkan imej Negara.
Soalnya, adakah pihak penganjur begitu banggang tak tahu ke bahawa himpunan ramai orang hanya akan menyebabkan mudahnya tercetus perkara yang tidak diingini? Nak jaga seorang pun payah seperti susahnya Wan Azizah menjaga Anwar, inikan pulak nak menjaga beribu2 orang. Contoh ada depan mata, betapa payahnya Wakil2 Rakyat hari ini ‘menjaga’ para pengundi mereka hinggakan makin dekat dengan PRU maka makin sibuk mereka turun padang. Inikan nak harap Ambiga sorang menjaga berpuluh puluh ribu orang ramainya yang turun berdemo. Akibatnya macam tu lah.
Jika tindakan penganjur itu banggang, pihak Kerajaan pulak 2 kali banggangnya. 2 siri awal seolah tidak mengajar sesuatu kepada kita. Kenapa tak ambil tindakan dari awal? Kenapa kurang tegas? Kenapa terlalu bagi muka? Kenapa terlalu manja? Kenapa dan kenapa dan kenapa? Dah jadi macam ni baru nak telagah. Seharusnya tanggungjawap umum itu lebih besar kita laksanakan daripada melayan kerenah penganjur bodoh tu. Letih lah..Otak pun leh jadi beku macam ni. Aku cuma nak tahu kenapa tak bendung dari awal. Kenapa tak cegah sebelum parah..

2 comments:

Unknown said...

LAMA TAK MENULIS BRO.. MELANCONG KE?

ASHAMSURI said...

hehehe..sibuk skit bro..handle mesyuarat2 cwngn..lg pun xde idea nak tulis, semuanya klise jer..

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...