Tuesday, April 3, 2012

Cromok - Dulu, Kini dan Selamanya...

Kumpulan otai metal, Cromok, terdiri daripada Khairul Anuar Shariff (Karl), Shamsudin Ali (Sam) dan Tarmizi Mokhtar (Miji) .

Konsert Cromok Reunion bakal berlangsung pada pukul 4 petang 8 April ini di KL Live Center, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Konsert anjuran bersama Clockwork Events dan Uncang Tiga itu juga bakal meraikan ulang tahun ke-25 kewujudan kumpulan itu.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1987 dan pernah menempa nama di Australia dan seluruh rantau di Asia itu kini hanya menyaksikan Karl, Sam dan Miji sahaja sebagai anggotanya, memandangkan seorang lagi anggotanya, iaitu Din atau nama sebenarnya Khairuddin Mohamad sudah meninggal dunia pada tahun 1997.

Menurut Karl atau nama sebenarnya Khairul Anuar Salleh, dia bersetuju untuk kembali menghidupkan Cromok semula kerana begitu merindui bermain alat muzik selain mengakui ingin mengubat rindu peminat tegar mereka. 

Tiket Konsert Cromok Reunion Live In KL Live 2012 akan dijual pada harga RM98 dan RM138. Tiket boleh didapati menerusi www.ticketpro.com.my atau hubungi talian 03-7880 7999.

Pembeli tiket yang berharga RM138 akan menerima baju-T eksklusif daripada Cromok.

Ashamsuri : Jom ramai ramai kita ke sana..layan muzik sebenar..dengan lirik2 yang menarik..

Sumber : buzeera

3 comments:

Unknown said...

pergh member wa ni pun kaki rock ke? hahaha! cantik... wa main rocak balads jer bro tak suka heavy sangat. scorpion, whitesnake, grand punk, iron maiden,,,, yg lain2 tu layan sesekali jer.

ASHAMSURI said...

hehe..wa pun bukan layan sgt heavy ni, tp cromok ni mmg wa punye idola ma..

Unknown said...

maaf bro tentang lu tabley komen kat blog wa tu.wa pun jadi kompius kenapa jd cam tu. ada idea tak? tolong wa bro. taksyok la wa bley komen kat lu lu plak ttabley komen kat wa... apa pun wa try cari punca dan mintak tolong kwn2 bloger lain.

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...