Sesekali kena ubah haluan penulisan. Mana artikel atau source yang baik perlu dijadikan panduan dalam hidup ini. Pasal kita hidup idak menongkat dunia. Jadi aku share kan artikel ini untuk panduan kita semua. Hati yang iklas mudah menerima ilmu, tetapi hati yang gelap, kita mohon agar Allah SWT permudahkan..InsyaAllah..
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya:
1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam
Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap
yang bernyawa pasti akan mati.
“Tiap-tiap
yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat
sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang
dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia
telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi
segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)
2 – Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam
Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah
benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita,
apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh
sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang
dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3 – Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid-muridnya
ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar
kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini
adalah “nafsu”
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan
manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang
dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran .
Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
“Dan
sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan
manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya
(ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat
dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi)
tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti
binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’araaf 179)
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .
4 – Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?”
Ada
yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata
Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”
“Sesungguhnya
Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi
serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya
dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka
persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan
persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya
tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula
membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab
72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua
tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah
(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi
permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka
kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.
5 – Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Ada
yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata
Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan
solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting
kita tinggalkan solat.
6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”
Murid-muridnya
menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang
paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia
dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya
sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
A Point To Ponder
Sandwich used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...
-
First of all, thank you for the support for coming to the tournament just now. Maybe ramai yang tak faham bagaimana nak kira system 36,...
-
sering kita dengar 7 benda ajaib di dunia ini.. tapi jarang kita dapat pergi or melihat sendiri keunikkan dan keajaipan yang ada pada ...
-
Untung janda,untung lagi pemimpin PAS ! AKHIRNYA terlalu jauh Arbaiyah Abdul Manan ataupun masih terus kekal dengan nama glamernya Abb...
2 comments:
Pernah baca tentang ni tapi tak ingat dlm buku apa. Mohon share. Sy dh add encik dlm blog sy
terima kasih Ieta..
Post a Comment