Wednesday, October 31, 2012

Penemuan rizab minyak tambahan, rakyat Pahang dapat RM100 juta setahun..

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertenta-ngan Pahang, bukan sekadar memberi manfaat kepada negeri ini, malah dikongsi manfaatnya oleh negeri-negeri lain.
Adnan berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa Pahang dijangka menerima wang ihsan sekitar RM100 juta setahun, juga dilihat bakal memberi impak besar kepada ekonomi negeri Pahang.

“InsyaAllah kita akan gunakan wang berkenaan untuk pembangunan kepada rakyat, saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Kecemerlangan Kokurikulum negeri Pahang anjuran Yayasan Pahang, di sini, semalam.

Perdana Menteri meng-umumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, yang terletak di Blok PM 307.
Medan minyak itu terletak kira-kira 160km di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata negeri Pahang dijangka menerima wang ihsan sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

Mengenai wang ehsan itu, Adnan berkata: “Kita memang menjangkakan akan menerima wang ihsan sejumlah berkenaan.

“InsyaAllah, belanjawan negeri Pahang selepas ini tidak akan mengalami defisit lagi,” katanya. — Bernama
Adnan berkata menerusi wang ihsan itu juga, kerajaan negeri dilihat akan lebih berdaya dalam melaksanakan pelbagai program yang memberi kesan besar kepada kesejahteraan rakyat.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas keprihatinan pemberian wang ihsan itu,” katanya. — Bernama

ASHAMSURI: Alhamdulillah..itu menunjukkan Petronas tidak tidur. Mereka buat kerja, buat kajian dan macam macam lagi. Dan hasilnya kini terbukti dengan penemuan baru sumber petroleum di Negeri Pahang. Semoga hasil wang ehsan tersebut akan mengubah landskap kemakmuran negeri Pahang. 
 
Bersyukur lah kepada rakyat yang mana negeri negeri mereka mempunyai sumber asli yang mempunyai nilai tinggi. Bagi yang kurang bernasib baik, peliharalah sumber kemakmuran sedia ada ini agar kekal dan utuh selama lamanya. Kerana kemakmuran yang kita nikmati selama ini adalah jauh lebih bernilai dan berharga dari segala galanya. Sentiasa peka dan sensitif kepada persekitaran, kerana pihak pihak luar yang dengki kepada Malaysia sedang berusaha memasuki atmosfera damai Malaysia dari pelbagai sudut. Dan ada antaranya melalui parti parti dan pertubuhan tertentu. 

Cuma kita sentiasa leka dan alpa, maka perkara yang paling mudah untuk kita terima ialah terpesona dengan janji dan cakap cakap kosong puak puak yang berkenaan. Sampai masa bila negara dah tergadai, kuasa dah hilang baru padan muka. Kita pernah dijajah hampir 500 tahun lamanya. dan kita baru melalui lebih sedikit 10% dari tempoh tersebut untuk membina negara bangsa. Jangan peristiwa lalu berulang kembali kerana banyaknya si kitul yang menjadi tali barut.
 
Pada DS Najib, dah jumpa lokasi baru ni harap2 adalah cara dan mekanisme baru untuk turunkan lagi harga petrol..baru lah minyak makin murah, kos dagangan pun akan turun dan rakyat makin selesa. Bila rakyat selesa, Dato Seri pun akan selesa gak meneruskan transformasi negara. Hanya rakyat yang bodoh je akan buat huru hara bila keadaan dan taraf hidup mereka terjamin : )
 
 



Monday, October 29, 2012

Berdosanya Nabila Huda di Parti Halloween..Ye ke?


Belum lagi reda rasanya kontroversi mengenai penampilan seksinya baru-baru ni, anak kepada penyanyi rock nombor satu negara ni kembali memanaskan dunia hiburan dengan aksi liar terbaru dalam satu Parti Halloween..

Gua pun tak tahu apa nak jadi pada artis sorang ni.. Bergambar seksi tu dah satu hal.., lepas tu dia buat pulak aksi liar yang gua rasa agak keterlaluan sebagai pompuan melayu..

Pelik kann.. Mungkin bagi sesetengah artis, kalau pakai elok-elok dan bergambar ala kadar tu tak puas gamaknya kot? Pasal tu lah dorang suka beraksi macam tu rasanya..


Bagi gua, dalam hal-hal macam ni akan merugikan Nabila tu sendiri.. Bukannya dia tak berbakat dalam dunia lakonan, tapi banyak sangat kontroversi boleh membuatkan namanya dibenci oleh peminat nanti..

So gua harap, anak Amy Search ni dapat membezakan apa yang baik dan apa yang buruk untuk diri beliau.. Bukannya tak boleh nak enjoy, tapi agak-agaklah yee...

Gua nak cakap banyak pun tak boleh beb sebab gua bukan laki dia.. Kalau dia jadi bini gua, senang cerita lahh... Hahahahaha...





Sumber : MPP Online

Aku punye pendekatan pun sama gak dengan penulis ni..Kalau bini aku ker, atau adik beradik aku ke, senang sikit aku nak sepak. Ni dengan manusia pun tak tahu malu, dengan Allah jauh sekali lah. Bila diajukan soalan ni pada dia orang, dia orang akan jawap lebih bijak daripada ulama sedia ada. Kesian lah wooiii..

Memang bukan semua orang baik, tapi kalau nak buat jahat sekali pun, sorok sorok lah sikit. Ni dah bawak sekali nama Islam dan Melayu beb..nama mak bapak toksah nak habaq la..

Wednesday, October 24, 2012

Bagaimana Mengesan Sistem Kamera AES Menggunakan Aplikasi Android?

Semenjak beberapa minggu yang lalu, heboh di dalam media massa dan elektronik mengenai pelan kerajaan pusat dengan kerjasama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengenai pemasangan kamera perangkap laju, Automatic Enforcement System (AES) di
sepanjang jalan raya di negara kita.  Kalau kita lihat, majoriti daripada rakyat Malaysia menentang kaedah tersebut yang dianggap sama seperti ‘saman ekor’. Menyedari mengenai masalah ini, seorang warganegara Malaysia yang prihatin telah mencipta satu aplikasi yang membolehkan pengguna mengesan lokasi kamera AES melalui telefon pintar mereka.



Aplikasi ini akan mengesan lokasi AES yang berada 500 meter dari posisi kereta anda berada sewaktu memandu di lebuhraya.

Aplikasi ini juga akan membunyikan signal amaran sebaik sahaja kereta anda memasuki jarak 500 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut.



Apa yang anda perlukan ialah cuma pasang ON GPS di peranti Android anda dan install juga Adobe AIR supaya ianya dapat berfungsi dengan baik.



Boleh muat turun aplikasi di sini (LINK)

Sumber : Boyzzonne

Tuesday, October 23, 2012

ABCD - ASAL BUKAN CINA DAP!

Aku memang tak ada masalah dengan bangsa cina ni. dari kecik pun aku memang lahir dari sekolah yang bercampur gaur ni hingga lah ke zaman Universiti dan sekarang dalam alam pekerjaan. Bagi aku mereka juga rakan yang baik dan kami tak pernah pun melihat sesama sendiri dengan rasa prejudis. Mungkin pengalaman aku dengan pengalaman orang lain tak sama.

Namun, untuk beri mereka kuasa dan memerintah, aku memang tidak boleh kompromi. Orang ramai kata bahawa dalam BN pun ada MCA, cina jugak tu. Apa pulak masalahanya dengan DAP kan. ini berkaitan dengan dasar dan perkara perkara luar jangka yang ramai orang awam tidak tahu. MCA merupakan rakan kongsi pintar dalam suasana politik hari ini. Dalam erti kata lain, masih in control dalam berkoloborasi dengan UMNO dan lain lain komponen. Tetapi tidak DAP, jelas ketara bila mereka merupakan kuasa dominant dan pembuat dasar dasar dalam Pakatan Rakyat.

Tanpa Anwar, komponen lain hanya ibarat melukut di tepian gantang. Dan waktu itu barulah DAP akan lihatkan belang sebenar mereka. DAP ni bila hendak kan kuasa, ibarat Belanda minta tanah. Lembut gigi dari lidah. Soalnya, berapa lama Anwar boleh hidup dan bertahan dalam politik negara? Siapa selepas Anwar untuk menjadi ikon dalam PR? Sedangkan melalui DAP, telah kelihatan talent talent untuk dinaikkan. Bakat dari PAS? huh lagi jenuh..Takkan Mat Sabu atau Mahfuz Pokok Sena tu berani nak bertegang urat dengan Ngeh bersaudara Ngok Nee Za..Jauh sekali lah nak berdepan dengan Anthony Loke. 

Lihat saja lah usaha mereka sekarang, sedang sibuk mencari calon melayu untuk bertanding atas tiket DAP. Untuk apa? Apa salahnya jika takdir PR memerintah Perak sebagai contoh, kerusi MB tu diberi pada PAS atau PKR? Nyata tak iklas kan. Kat situ pun dah nampak yang mereka ingin berkuasa penuh. Pakatan yang mereka anggotai sekarang hanyalah batu loncatan untuk mereka dapat apa yang dihajati. Lepas daripada itu, bye bye lah komponen tu semua. Ikatan yang rapuh, selalunya hanya untuk sementara. Ditaburi dengan janji manis melangit, bila jatuh nanti hancur berkecai beb.

Kerana itu lah aku katakan, cegah sebelum parah. Dan UMNO juga kena ambil iktibar dengan memperbanyakkan bakat bakat baru dan generasi pelapis dari peringkat Pemuda Bahagian lagi. Cukup cukup lah meletakkan calon calon sayap yang sekadar tangkap muat hanya untuk mengelakkan tertendangnya Ketua Bahagian sedia ada daripada saf kepimpinan mahupun calon PRU. Sayangilah parti melebih kepentingan peribadi. Jangan sekadar sedap manis dimulut aje tapi hakikatnya jauh dari maksud sebenar pengucapan.

MCA sendiri tolak DAP! so fikir fikirkanlah. Beringat sebelum kena, jangan dah terhantuk baru nak tergadah. Penjajahan orde baru datang dengan belbagai jenis jarum yang halus. Ia tidak menyakitkan but kill inside.ABCD - ASAL BUKAN CINA DAP..

AES - Backfired kepada BN!

Tindakan kerajaan memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES), ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju, tanpa kajian dan penilaian yang teliti merupakan tindakan bodoh menjelang pilihan raya umum.

Setelah lebih dua minggu diperkenalkan, AES telah menjadi satu bebanan politik kepada Barisan Nasional dan kerajaan. Rata-rata rakyat biasa melihat pelaksanaan AES adalah satu cara kerajaan menambah perbendaharaan negara bagi menampung perbelanjaan dan subsidi kerajaan yang meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kini ramai yang memomokkan penerima “Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)” sebagai penerima wang saman AES.

Kementerian Pengangkutan mendakwa AES diperkenalkan bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi had laju. Alasan mereka banyak kemalangan maut terhasil akibat kenderaan dipandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Alasan ini bukan sahaja belum dibuktikan secara tuntas tetapi juga menampakkan sikap kerajaan cuba merendah-rendahkan pemikiran rakyat seolah-olah menerima sahaja apa yang disuapkan kepada mereka. 

Selanjutnya baca kat SINI

ASHAMSURI : alasan untuk mengelakkan pemanduan laju bagi mengurangkan kadar kemalangan ni memang aku tak berapa boleh nak terima. Dan kadang kadang tu yang laju jer bukan banyak pun, tapi setakat lebih dalam 5-10 km/j jer..Ada yang bapak bapak lagi laju tak pulak kena saman. Korang pernah tengok ke saman yang memandu laju 200km/j? atau 180km/j? tak pernah kan..yang lazim kita lihat 93km/j atau 131km/j di laluan laluan yang berkaitan.

dan selalunya orang speeding bila jalan clear, kalau time tu jalan sesak atau hujan, mana ada orang nak memecut. akal ada ke. lagi pun kalau beriya iya hendak kurangkan kadar kemalangan, esok esok bungkus pulak syarikat insurans.

tapi yang paling nyata, kenapa kerajaan BN selalu buat tindakan bodoh yang bagi orang marah time dekat dekat nak PRU..ini masih lagi menjadi misteri dan tanda tanya kat aku..

Sunday, October 21, 2012

Tahniah Kelantan, Juara Piala Malaysia 2012


Tahniah kepada pasukan Kelantan yang berjaya menjadi juara Piala Malaysia setelah menewaskan ATM 3-2. Game final yang menarik dan memang best la..Gelombang Merah berjaya mengelak dibedil Tentera. Tahniah juga kepada Tan Sri Anuar Musa, beliau telah banyak membawa perubahan kepada bolasepak Kelantan. TAHNIAH KELATE!

Sent from Samsung tablet

Thursday, October 18, 2012

EDARAN RAKAMAN AKSI SEKS PASANGAN MALAYSIA! APA TINDAKAN AMARAN MENTERI DALAM NEGERI!

yuna
Hahaha..ada jugak tokoh yang perasan bab bab amaran Menteri KDN ni..aku ingat aku je yang perasan betapa tak tegasnya Menteri Amaran KDN kita. Bila menteri yang kita pilih, kita sanjung, kita sayang tak boleh nak pikul tanggung jawap sampai macam macam hal jadi dalam ini negeri, maka......... ( isikan tempat kosong ) hehehehe..

korang baca lah seperti kat bawah ni..

Tuesday, October 16, 2012

Bloggers tak diiktiraf! Buat Semak je..

Gua dimaklumkan ada sorang pemimpin Bahagian di Penang ni yang pertikaikan peranan blogger-blogger didunia siber..

Gua tak kisah andainya dia kata blog gua ni tak bagus.., tapi janganlah sampai labelkan semua blogger tak berkesan bantu kerajaan beb..

Kesianlah kat Dr MiM tu yang sampai tak tidur malam asyik fikir nak bogelkan Anwar dan Guan Eng..

Dalam satu kenyataan,  pemimpin bahagian tu kata blogger yang sedia ada tak berkesan dalam membantu kerajaan menangani isu pembangkang khususnya di Penang..

Maksudnya, blogger yang ada sekarang ni tak efektif melawan jentera media Pakatan didalam dunia siber.. 

Selanjutnya baca kat SINI.

ASHAMSURI : Aku pun tak pastilah kenapa pemimpin tersebut yang pro BN bercakap macam tu. Mungkin dia masih lagi menggunakan kaedah konservatif yang pada hemat aku tidak lagi berapa relevan dengan suasana politik hari ini. Ini lah akibatnya kalau orang orang yang terlalu lama dibiarkan berada dalam arena politik. Idea dan karisma mereka semakin lama semakin jumud. Maka sesuai sangatlah digantikan dengan orang orang baru yang lebih muda, berkelayakan dan kena dengan tempo politik orde baru hari ini.

Mungkin dia gagal memahami atau mengesan, salah satu punca tsunami politik pada PRU ke 12 ialah melalui propaganda medium baru. Dia paham tak istilah medium baru ni? Kalau tak faham, bagus dia study dulu istilah tu. Siapa yang tidak kenal Malaysia Today pada waktu itu? Boleh dikatakan hampir semua orang baca, Malaysia Today menjadi satu fenomena melalui media baru. Dan kesannya? Kita kalah 5 + 1 kepada Pakatan Rakyat. Syukur Tuhan masih beri kita ruang untuk berkuasa, namun tragedi itu perlu dimuhasabah dan dilihat dengan mata hati.

Kerana itu, inisiatif dari golongan berbayar dan yang tak berbayar, diwujudkan. Demi untuk sama sama membantu berjuang ke jalan yang benar. Tapi kalau dah ada suara suara sumbang yang tak reti berterima kasih ni, payah lah beb. Lau aku, aku biarkan je kawasan dia tu tanpa sebarang liputan. Jangan cakap ikut sedap mulut. Dia kena tahu, dalam keadaan PRU yang dekatttt dah sangat ni, semua hati perlu dijaga. Ada je yang terguris, siap lah kau.

Dalam erti kata lain, DS Najib udah udah lah tu guna muka lama dan recycle ni. Bagi tenaga baru, bagi peluang orang baru, orang muda. Biar parti dan kerajaan nampak lebih dinamik. Suara orang muda, aspirasi orang muda perlu dibawa oleh orang muda jugak. Bukan menidakkan peranan orang lama, tetapi perlu lebih ruang pada orang baru..orang muda.




Monday, October 15, 2012

13 Tempat Paling Berhantu dan Yang Paling Hantu Di Malaysia

Sebelum korang ketahui siapa paling hantu di Malaysia, korang baca dulu 13 tempat paling berhantu ni. Dan teka siapakah gerangan hantu tersebut...

Sebenarnya banyak lagi tempat yang dianggap keras atau berhantu di Malaysia ini, hanya orang-orang yang pernah merasainya tahu akan kisahnya, sini ada 13 tempat dianggap paling berhantu di Malaysia..



1.Highland Tower – Kuala Lumpur

13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.



2. Banglo Mona Fandey

13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh,Pahang yang telah menggemparkan dunia.



3. Kemayan City – Johor Bahru

13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.


Saturday, October 13, 2012

Kantoi!! Nizar dan Blogger Budak Benteng Satu Tujuan. Kompom Nizar tak akan saman..

Laporan Utusan Malaysia Malaysia semalam ada menyebut berita mengenai penyalahan guna kuasa bekas Menteri Besar Perak YB Dato Seri Nizar atau nama timang timangannya Si Nizar Lambai..Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Tak kira la angin sepoi sepoi bahasa atau angin ribut taufan hehehe..

 Tapi aku syak yang Nizar ni dengan Blogger Boodak Benteng tu satu tujuan. Dia orang ni mesti satu kapal punya untuk menguasai Perak. Nizar menguasai dengan cara dia dan segala bentuk penyalahan kuasa agar PR kembali menerajui negeri, dan Budak Benteng ni pun sama juga. Dia berkhidmat agar BN terus menguasai Perak. Cuma bezanya, sorang tulis kat blog dan sorang lagi tulis kat surat hahaha..Sorang gila nak jadi menteri besar dan sorang lagi nak kekalkan Menteri Besar yang ada sekarang ni.

 Macam mana ni Nizar? Budak bawah umur jer pun yang palitkan noda kat muka kau ni. Siap masuk suratkhabar tu. Satu Malaysia baca oooo..silap silap dengan pengundi pos yang berada di luar negara pun baca. Macam mana kau nak kembali nampak suci ni. Sengih pun dah nampak macam makin kusut.

 Apa lagi.. SAMAN LAHHHHHHHHHH Budak Benteng tu.. Link Budak Benteng tu ada kat Perakian tu lau ko susah nak cari. gi cepat anto saman..saman kaw kaw punya. nanti leh bagi sikit kat Sipcomzu Ent tu. Tak yah dia susah susah dah nak mintak surat kau beb..

Cerita dia macam kat bawah ni.

Thursday, October 11, 2012

Kerajaan Perak Beri Bonus Tambahan RM500

Kerajaan Negeri Perak diberitakan memberi bayaran insentif sebanyak RM500 kepada penjawat awam yang bertugas di peringkat negeri.

Ini merupakan tambahan rezeki kepada para penjawat awam negeri setelah kerajaan persekutuan memberi sebulan setengah bonus dalam pembentangan bajet yang lalu.

Pemberian ini selain disifatkan sebagai tanda terima kasih kerajaan terhadap pelaksanaan dasar dasar kerajaan negeri oleh para penjawat awam, ia turut memperlihatkan kecekapan tadbir urus kerajaan negeri sejak peralihan kuasa pemerintahan PR selama 11 bulan yang lalu.

Tahniah DS Zambry.. Bersama menuju Perak Aman Jaya. Janji Ditepati!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Taiping Mali: Pas Taiping pula suka tengok aurat ammoi

Taiping Mali: Pas Taiping pula suka tengok aurat ammoi

Wednesday, October 10, 2012

BANTULAH KAMAL AFFANDI HASHIM UNTUK TERUS BERCAKAP.

"Kalau incase kepala saya meletup, halalkan semua saudara ku," ujarnya dalam gurau.
"Bro, boleh jangan cakap macam itu. Bro akan selamat, bro tahukan saya memang pakar dalam gerak hati. Jadi saya kata, InsyaAllah tidak akan berlaku kejadian buruk," balas saya.

Saya kemudian mengajukan soalan berikut ...
"AVM itu apa?"
"Arteriovenous malformation. Ringkasnya, ada urat ekstra dalam kepala saya dan urat  itu mengganggu fungi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak lahir tetapi tidak disedari. Sekarang ini sesekali saya tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan, selalu berasa sakit kepala," jelasnya.

Tuesday, October 9, 2012

Selepas M. Nasir, Shah Rukh Khan pula berlakon Filem Panji Keadilan



Harapkan gambar je rupa pendekar melayu. Tapi jiwa melayunya hilang entah kemana. Prinsip aku mudah, hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendir lebih baik di negara sendiri. Dia sokong PR pasal dia dah nampak idealisme PAP tu akan dibuat di Malaysia melalui DAP sekiranyanya agenda busuk mereka berjaya mengaburi mata pengundi dan mereka berjaya mentadbir negara ini.

Jadi bagi beliau, apabila perkara itu berjaya, berada di Malaysia akan jadi seperti berada di Singapura jugak. Dengan segala keistimewaan yang telah kita berikan, ini hasil balasannya.

Jangan lepas ini aku dengar Datuk Shah Rukh Khan pulak berlakon filem Panji Keadilan hahaha..bagi lagi lah pangkat, gelaran dan segala macam keistimewaan pada orang luar. Pastu mereka akan gigit kita balik. Ini jadikan pengajaran pada semua yang duduk kat atas atas tu. 

Lain kali jangan cepat sangat dan mudah sangat beri penghargaan kat orang luar. Bagi lah kat Zed Zaidi ke..Zed Zaidi? Hahahahaha..Hahahaha..Hahahahahaha...


Heboh sekarang ini di media cyber mengenai tindakan Datuk M Nasir yang sudi menyanyi lagu rasmi PKR iaitu Panji Keadilan .

Memang sah dia  dalam kategori orang tak mengenal budi.

Sudah lah datang dari Singapura mencari rezeki di Malaysia ini , jadi popular dan hingga mendapat gelaran Datuk ...sekarang ini dah berani tunjuk  dirinya adalah  menyokong pembangkang .

Berapa ribu dia dapat untuk nyanyi lagu parti yang nak jatuhkan kerajaan Malaysia ini ?  Kerana duit ke dia sanggup nyanyi lagu mereka ?

Memang M Nasir ini mudah lupa bila dah senang. Oleh kerana beliau hari ini sokong Anwar dan pembangkang , mari kita ramai ramai boikot sifu penyanyi ini.

Lagi cerita baca kat EMPAYAR PEMUDA


Monday, October 8, 2012

Ustazah Abby Abadi menghina Nabi pulak dah..

Kan aku dah cakap yang Abby Abadi ni bukannya bagus benar pun. Ilmu setahun jagung, meroyan je lebih. itu lah yang penyokong penyokong PAS dok kecoh ke sana ke sini. Sayang sangat kat dia ni. Bagi gelaran macam macam. Tu belum campur ustaz Bob Lokman lagi. Lagi lah haru nanti.

Berita selanjutnya korang baca lah kat Rasyid Zamri berkaitan isu ni.

Latest..PKR masuk UMNO. Secara rasmi bubar!

Kegagalan fungsi PR dalam menjalankan amanah dan tanggungjawap mereka terhadap ahli parti semakin ketara. Dengan pucuk pimpinan sibuk berebutan jawatan jawatan penting sesama mereka, set up Kabinet Bayangan mereka, Bajet Bayangan mereka untuk terus mengejar Bayang Bayang Putrajaya mereka, maka nasib ahli semakin terabai. 

Ini juga satu tamparan hebat kepada Ketua Cabang Tg Malim, Major Kamal Badri yang turut sibuk menonjolkan diri agar terpilih sebagai calon PKR di Dun Behrang nanti.

Apa yang berlaku pada PR ni aku memang tak mahu respon sangat pasal bagi aku PR memang tidak relevan langsung dalam tampuk pemerintahan negara. Bermodalkan Anwar Ibrahim, mereka mencanang canangkan usaha menerajui negara. Sedangkan Malaysia bukan boleh ditadbir dengan seorang Perdana Menteri sahaja. Ia perlu disokong oleh segenap lapisan sebagaimana yang diterima DS Najib sekarang.

Kerana itu aku yakin sekiranya kerusi DUN Behrang itu diserahkan kepada UMNO sebagaimana perjanjian asal dahulu, ia akan menjamin satu kerusi selamat buat kerajaan BN. Tapi MIC kena lah berkorban sikit atas dasar kesepakatan dan kemuafakatan. Ini bukan masanya untuk kita mementingkan kuota kerusi tapi masa untuk memastikan jangka hayat BN terus ampuh dan hidup dalam arena politik tanahair. So, DS Najib dan DS Zambry harus tengok betul betullah perkara ini.
Dengan kemasukan lebih 60 ahli PKR dari cawangan cawangan yang berkenaan, diberitakan cawangan cawangan tersebut telah pun berkubur dan Anwar telah arahankan Major kesayangannya itu untuk beli batu nesan hahahaha..

Petang tadi ( 7 Okt 2012 ), seramai 63 ahli PKR dari Kampung Pasir, Kampung Sungai Muda dan Kampung Ulu Slim dalam Bahagian Tanjong Malim menyerahkan borang untuk menyertai UMNO. Mereka di ketuai  Puan Jamilah Hayat, 40.

Zaid Hamidi Peluk Mesra Seorang Gadis.

Sebelum ini bloggers pembangkang heboh dengan satu gambar yang menunjukkan DS Zaid Hamidi berpeluk mesra dengan seorang gadis manis dikhayalak ramai. Gambar tersebut di siarkan dalam akhbar China Press.


Walau pun mereka menimbulkan persoalan tetapi mereka turut sengaja menimbulkan persepsi kurang enak terhadap Menteri Pertahanan itu.

Akan tetapi, mereka akan pasti kecewa dengan maklumat yang MiM terima tentang gambar tersebut.


Namanya ialah Nurul Hidayah Zaid Hamidi yang selesai kursus pegawai dalam Wataniah. Daripada namanya sahaja kita boleh agak kaitannya dengan Zaid Hamidi. Beliau adalah anak sulung Menteri Pertahanan itu.

So, sebenarnya tiada isu apabila gambar di atas disiarkan dalam akhbar bahasa Cina itu. Mana ada bapa yang tidak sayang anaknya.

Yang kita tahu ialah pemimpin tertinggi pakatan pembangkang yang dianggap derhaka kepada ibu kandungnya sendiri.

Apa pun, matlamat blogger pro-pembangkang untuk mengharapkan kontroversi ke atas gambar Zaaid Hamidi tidak kesampaian dan gagal!

Sumber : Dr MIM

Adoiii..Pelik pelik lah para bloggers pihak pembangkang ni. Agak agaklah kalau nak buat fitnah pun. Takkan lah bapak dia nak peluk anak dia pun tak boleh. Takkan lah pulak nak minta aku yang pergi peluk anak dia ( jangan marah ye Tok hehehe..)

Harap dengan penjelasan daripada Dr. MIM tu telah menyelesaikan segala kekusutan dan kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh pihak lain lebih lebih lagi saat PRU yang dah dekat sangat ni.

 

Friday, October 5, 2012

Kenapa bolasepak dimainkan 45 minit bagi setiap separuh masa?

Percayakah anda ini satu Fakta???

Fakta????

Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.

Dia menjawab...."Sebab mengapa bola

sepak dimainkan dalam 45 minit ialah...

Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah "bola referee"!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, October 3, 2012

Tony Blair akui kehebatan al-Quran

LONDON: Tony Blair berkata beliau kini bersikap lebih terbuka terhadap agama sejak tidak lagi memegang jawatan perdana menteri. Malah bekas Perdana Menteri Britain itu mengakui beliau membaca al-Quran setiap hari kerana aktiviti itu membuatnya lebih memahami mengenai iman.
"Berusaha ke arah celik iman amat penting dalam dunia global," katanya seperti dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail kelmarin. Malah beliau berkata membaca al-Quran setiap hari untuk memahami hal yang berlaku di dunia kerana al-Quran memberikan perintah yang berguna.
Ia juga meyakinkan pengetahuan beliau mengenai iman yang dapat membantu dalam tugasnya sebagai wakil di Asia Barat mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah san Russia. 
Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan iman umat Islam amat indah dan Nabi Muhammad adalah tokoh yang mendorong peradaban.
Pada 2006 beliau pernah menyatakan al-Quran adalahkitab reformasi yang inklusif. Al-Quran juga mengagungkan ilmu dan pengetahuan dan membenci tahyul.
"Kitab (al-Quran) itu memberikan arahan praktis mengenai pernikahan, wanita dan pemerintahan," katanya.
Walaupun demikian, Tony turut mengakui beliau melihat bagaimana pelaku jihad menterjemahkan al-Quran sebagai panggilan untuk mengangkat senjata. Ketika kejadian serangan bom bunuh diri 52 maut, beliau ketika itu masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri.
Membaca al-Quran membantunya dalam menunaikan tugas sebagai utusan damai. - Agensi

Sumber - Surat khabar Malaysia

Tengok, orang bukan Islam sendiri baca dan kaji kitab suci al-Quran setiap hari. Kalau kita sendiri tak rajin nak baca dan fahami ayat-ayat al-Quran, tak ada perkataan yang sesuai untuk kita melainkan "malu dengan Allah, malu dengan diri sendiri."
 
 

Monday, October 1, 2012

BANTU ORANG MUFLIS/BANKRAP

PERHIMPUNAN MEMBANTU ORANG MUFLIS/BANKRAP
SALAM. SEBUAH NGO DI MALAYSIA AKAN MENGANJURKAN SEBUAH PERHIMPUNAN UNTUK MEMBANTU MUFLIS ATAU BANKRAP DI MALAYSIA, TERMASUK DARI SABAH DAN SARAWAK.
INI KERANA KAMI BERPENDAPAT BAHAWA KEHIDUPAN ORANG YANG TELAH DIJATUHKAN MUFLIS ATAU BANKRAP ADALAH SUSAH DAN KEMUDIAN SEGALA KEMUDAHAN JUGA DITAMATKAN ATAU DITARIK BALIK. UMPAMA TELAH JATUH DITIMPA TANGGA.

NAMUN UNTUK MENYUARAKAN MASALAH SESORANG MUFLIS SECARA INDIVIDU KEPADA PIHAK BERKUASA ATAU PIHAK KERAJAAN MEMANG SUKAR. MAKA KAMI BERCADANG UNTUK MENGUMPULKAN SERAMAI MUNGKIN ORANG YANG MUFLIS ATAU BANKRAP DI SATU MAJLIS, DAN KEMUDIAN KITA AKAN MENCADANGKAN APA SAJA YANG DIBINCANGKAN DALAM MAJLIS ITU UNTUK DISAMPAIKAN KEPADA PIHAK ATASAN KERAJAAN.

TIDAK KIRA APA SEBAB KEBANKRAPAN, SEMUA ORANG BANKRAP ATAU MUFLIS PERLU DIBANTU DAN DIBERI PELUANG KEDUA. SEDANGKAN ORANG YANG DIPENJARA PUNDIBERI PAROL INI KAN PULA ORANG YANG MUFLIS ATAU BANKRAP ATAS SEBAB KELEMAHAN PENGURUSAN KEWANGAN.

SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH HUBUNGI EMAIL masterzaki@gmail.com

ATAU TEL :- 019-3591000 (HOTLINE UNTUK PROGRAM INI).
TOLONG HUBUNGI SEBELUM 31 OKTOBER 2012.
PROGRAM DIJANGKA SEBELUM 31 DIS 2012.
BERIKAN NAMA ANDA DAN NO TEL ANDA SERTA EMAIL UNTUK KAMI HUBUNGI ANDA DAN MEMBERI MAKLUMAT LANJUT UNTUK PERHIMPUNAN INI.

"BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH, SUARAKAN HAK ANDA"

WASSALAMUALAIKUM.
-masterzaki@gmail.com-

sumber : IKUT SUKA AKU

Perkara ini aku dah perjuangkan hampir 4 tahun rasanya. Dari Mesyuarat Agong Pemuda UMNO tahun 2008. Tapi sampai sekarang kesannya aku masih belum lihat. Tak pastilah sama ada pucuk pimpinan ada baca atau tidak apa yang akar umbi minitkan dalam mesyuarat tersebut.

Kesian pada mereka mereka yang teraniaya. Bukan semua yang bankrap ni pasal mereka berhutang dan tak bayar hutang. Ada yang jadi mangsa sebagai guarantor. Ini salah kerajaan dan bank jugak pasal polisi mereka dahulu sebegitu. 

Bila dah ramai yang tak berani nak jadi penjamin, barulah akhir akhir ini bank melonggarkan syarat pinjaman terutama pinjaman peribadi tidak lagi memerlukan penjamin. Namun apa hal yang sudah terjadi sebelum ini? Pesalah jenayah pun dapat parol, inikan pulak kesalahan orang lain yang kita perlu pikul.

Ada ramai yang bankrap secara terbitan ni ( bukan pencen je ada klausa pencen terbitan ). Orang lain punya hal, orang lain yang kena tanggung. Dan majoriti yang terlibat adalah orang melayu. Dalam kita sibuk bercakap untuk menjadi juara kepada permasalahan orang melayu, ini merupakan salah satu penyakit dalam bangsa kita yang masih belum selesai. Perlu ada mekanisma berhubung perkara ini.

Jangan sampai orang lain mengambil kredit atau kesempatan berhubung perkara ini. Impak dia besar terutama dekat dekat pilihanraya ni. Maka dengan itu, kepimpinan segera lihat perkara yang dinyatakan ini.



A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...