Monday, July 30, 2012

LAJIM UKIN DALAM KENANGAN


Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, Janang Gayuh kaum Bisaya di Beauford, Sabah dengan jelas telah menunjukkan haluan politiknya menjelang Pilihanraya Umum Ke-13. Beliau tidak lagi akan berada dalam kapal Barisan Nasional (BN), sebaliknya akan bersama Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang ditubuhkannya bersama seorang lagi Ahli Parlimen yang meninggalkan BN, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing. PPS hampir pasti akan bersekongkol dengan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Friday, July 27, 2012

Perempuan Mengandung Disuruh Kejar Bas?!


Masalah: Pemandu bas bergerak tidak mengikut jadual. Telah dimaklum kpd kaunter tiket bas KBES,malah pihak kaunter dgn nada kurang sopan menyuruh wanita yg MENGANDUNG tersebut mengejar bas yg sedang bergerak! Setelah dikejar dgn susah payah, pemandu bas tidak juga berhenti. Harap Yab Dato Muhammad Zahir (Adun Kamunting) untuk menegur sikap operator kaunter KBES dan pemandu bas tersebut, agar tidak berlaku kpd mangsa lain.KONSORTIUM BAS EKSPRES sEMENANJUNG (M) SDN BHD05 - 891 7382 KAMUNTING 05 - 805 6719WWW.KBES.COM.MY (TICKET ONLINE)NO PLAT BAS : *** 8177JADUAL PERJALANAN : 3 PETANGTARIKH : 25/07/2012

Wednesday, July 25, 2012

Bonus Raya 2012 - Janji Ditepati

Aku terjumpa benda ni dalam dok searching2 di internet sementara berbuka tadi. So, aku kongsikan kepada semua lah bonus raya yang DS Najib umumkan kepada untuk para penjawat awam dan jugak pesara kerajaan.

Cuma aku harap sangat pemberian bonus, dan sebelum ni juga dengan kenaikan gaji 13% penjawat awam, BR1M, dasar gaji minimum pihak swasta, bayaran untuk 3 peringkat Felda dan macam macam lagi lah takkan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan di pasaran. Harap kementerian Ehwal Pengguna menguatkan pemantauan dan memandang serius isu ini.

Duit banyak mana pun, kalau barang naik lebih tinggi dari kadar kewangan yang diterima, tak guna jugak kan. So, ini merupakan nasihat aku kepada pemerintah. Jangan nanti akan sebabkan rakyat marah bila harga barangan melambung tinggi.

Guru Diperkosa Rakan Setugas

SABAK BERNAM- Perubahan sikap seorang guru wanita yang menjadi pasif dan pendiam membongkar rahsia dia dirogol rakan sekerjanya.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 5 pagi, 14 April lalu, mangsa yang baru bangun dari tidur diterkam suspek berusia 37 tahun di ruang tamu rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu.
"Suspek seorang guru sekolah rendah bertindak menerkam dan merogol mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah.

Tuesday, July 24, 2012

Intan Tetap Intan Walau Pun Ia Keluar Dari Mulut Anjing Sekali Pun!


Intan tetap intan walau pun ia keluar dari mulut anjing sekali pun.. tapi kalau batu tetap batu biar kita gilap setiap hari sekali pun..  A rose is still a rose by any other name - William Shakespeare

Kata kata itu sesuai lah kut untuk mana mana orang yang bercita cita untuk jadi pemimpin. Ada macam – macam jenis pemimpin atau ahli politik dalam ini negeri. Kadang kadang ada yang kita lihat sebagai ahli politik, ada juga yang sebagai ahlul politik ( ahli bahalul berpolitik ).  

Sunday, July 22, 2012

Gempar! Masjid di Malaysia semakin Mengecil!!

Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di sebuah negara yang diberi nama Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 8 hingga 10 malam tadi. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua minggu lagi.

“Saya terkejut!” kata seorang saksi memulakan ceritanya. “Semalam, masjid ini, besar dan luas,” sambungnya. “Tiba-tiba sahaja malam ini, masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak tadi.”



Friday, July 20, 2012

MULUT MAHASISWI DISUMBAT SEBELUM DIROGOL BERGILIR-GILIR!!!


KAJANG: Dua lelaki layak digelar syaitan bertopengkan manusia apabila bertindak kejam mengikat tangan dan kaki seorang wanita berusia 23 tahun di katil serta menyumbat mulut mangsa dengan kain sebelum merogolnya bergilir-gilir ketika merompak rumah mangsa di Semenyih, kelmarin.

Tahniah Pahang DM Layak Ke Liga Super 2013

Tahniah kepada pasukan Pahang DM kerana berjaya melayakkan diri ke Liga Super bagi tahun 2013 yang menewaskan Kedah DA dalam penentuan sepakan penalti setelah keputusan terikat 2-2 dalam tempoh permainan.

Dan sekalung tahniah jugak pada Badrol Bakthiar yang menunjukkan semangat permainan yang tinggi. Dia ni memang aku puji sejak dari Sukan SEA hari tu lagi. Dalam jiwanya ada jiwa footballer sejati..Apa apa pun, Pahang Superb hahahaha..


Sent from Samsung tablet

Thursday, July 19, 2012

eTR1M, Tuisyen Pun Percuma - Janji di Tepati!

Pagi ini diadakan pula pelancaran eTR1M bagi peringkat Negeri Perak yang dirasmikan oleh YB Dato' Mohammad Zahir Bin Dato' Abdul Khalid bagi mewakil Menteri Besar Perak di Parlimen Sunga Siput. Kehadiran dan sambutan memang superb la..

Dah sampai peringkat tuisyen pun kerajaan beri secara percuma untuk budak budak sekolah pada hari ini. Aku percaya pasal DS Najib nampak bahawa generasi muda hari ini adalah modal insan untuk menerajui kepimpinan negara di masa hadapan. Selain itu jugak, kelulusan pendidikan yang baik merupakan di antara salah satu punca atau kaedah untuk keluar dari kepompong kemiskinan.


Wednesday, July 18, 2012

Pelancaran Jalur Gemilang Ng. Perak - Bukti Rakyat Selesa Dengan Pimpinan MB Perak

Malam tadi telah dilancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang secara serentak di seluruh negara. Bagi Negeri Perak, Daerah Kuala Kangsar telah dipilih sebagai pusat pelancaran. Bertempat di Dataran Arena Square Kuala Kangsar, majlis sempurna dilakukan oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar Perak.

Kempen di Perak lebih menarik kerana bendera tersebut akan diarak ke seluruh daerah dalam negeri Perak mengunakan 155 buah motosikal berkuasa besar yang di ketuai oleh Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Naib Presiden UMNO Kebangsaan.

Monday, July 16, 2012

Cara Mengira Stableford


First of all, thank you for the support for coming to the tournament just now. Maybe ramai yang tak faham bagaimana nak kira system 36, stable ford.

PRU-13 tak mungkin tahun depan!

KUALA LUMPUR 15 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggambarkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak akan diadakan tahun depan.
Beliau berkata, tahun ini adalah masa yang terbaik untuk diadakan pilihan raya umum itu.
''Saya tak fikir ia akan berlangsung tahun depan. Wallahualam. Tak tahulah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Tetapi saya beritahu yang terbaik adalah tahun ini.
''Jadi, kalau tahun ini sekarang sudah Julai, bulan puasa. Ada orang tanya apakah bulan puasa nak diadakan pilihan raya? Saya kata, apa salahnya?,'' ujarnya.

Tuesday, July 10, 2012

Rambo Malaya di tembak mati menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri



Seorang penganggur yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Imam Mahadi’ mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.
Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.

Thursday, July 5, 2012

Ron97 turun..Ron95 apa cerita beb?

Terima kasih kepada Kerajaan kerana mendahulukan rakyat untuk mengurangkan beban taraf hidup hari demi hari..dan langkah terbaru yang diambil ialah dengan menurunkan harga Ron97 sebanyak 20sen..

maka bergembiralah ramai orang orang kaya yang berkereta besar dan berpendapatan besar. Rakyat marhaen diberi BRIM 500rm yang sekali hadap pun dah abih, tapi rakyat bangsawan diberi lebih nilai jangka panjang.

Kerajaan hilang akal ke? Kan majoriti pengguna kenderaan menggunakan Ron95? Apa salahnya turunkan dulu untuk rakyat berpendapatan rendah. Selalu sangat buat tindakan tindakan sengal. 

DS Najib tak tahu ke yang kerete kerete gomen pun isi minyak 95 jugak untuk jabatan masing masing. Dengar suara akar umbi konon..puiiiii..

Baik cepat counter semula tindakan ni dan turunkan sama harag ron95 tu sebelum makin banyak bunyik..tu aje lah pesan ku wahai si mambang!


Sent from Samsung tablet

Dipenjara Kerana Pertahan Diri Dari Di Rogol

KUALA LUMPUR: Kisah seorang surirumah, S. Kalaichelvi yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya mendapat perhatian banyak pihak.

Ramai yang bersimpati dengan nasib beliau itu dan tidak berpuashati dengan hukuman yang terpaksa beliau hadapi kerana mempertahankan diri dari dirogol.

Namun ada juga yang berpendapat hukuman itu wajar kerana pembunuhan itu dianggap kejam berdasarkan kesan luka kepada kepala perogol itu.

FAM perlu tebus 'dosa' tak bersungguh bida tuan rumah - Baru nak Action? Phuiiii..

Sebak rasanya apabila melihat pemain skuad B-22 negara duduk kecewa di bangku simpanan sejurus wisel penamat aksi terakhir Kelayakan Piala Asia B-22 2013 bertemu Myanmar di Stadium Thuwunna, malam kelmarin yang menyaksikan kita tewas 1-2.


Kekalahan itu menyebabkan impian kita ke final Piala Asia B-22 2013, tahun depan musnah. Umum mengetahui barisan Harimau Muda gagal menamatkan saingan kelayakan Kumpulan G itu di dua tangga teratas, namun saya begitu mengharapkan kita tetap akan layak dengan ‘mencuri’ slot diraih Myanmar itu. Oleh itu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu bersungguh-sungguh membuat bantahan kepada pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membatalkan penyertaan Myanmar di kejohanan itu yang didakwa gagal mengikut peraturan apabila membariskan beberapa pemain lebih usia 21 tahun.

Wednesday, July 4, 2012

Tahun Melawat Perak 2012 - Meru Valley Golf Club!


Ni Rate Dia..
 Info Penuh g kat sini : Meru Valley Golf Club

Sempena Tahun Melawat Perak ni, ni lah tempat yang aku nak rekomen kat korang semua. Perghhhh...memang best siot..pada yang belum pernah main kat sini, korang boleh lah try..meleleh 
ayor liur sampai ke dagu wa cakap lu hahahaha..Sini ada 3 line, 27 lubang..superbbbbbb...

( Dalam erti kata lain, aku dah takde modal nak tulih hahahaha..)

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...