Tuesday, May 8, 2012

PM UMUM DURIAN RUNTUH RM1.68 BILLION


Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan durian runtuh berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada lebih 112,000 peneroka Felda di seluruh negara.

Durian runtuh itu dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu Fasa 1 kepada ketua keluarga peneroka sebanyak RM5,000, Fasa 11 kepada isteri peneroka RM5,000 dan Fasa 111 kepada anak generasi kedua peneroka juga RN5,000.

Selain itu, Dato' Seri Najib juga mengumumkan apa yang disifatkannya 'durian gugur' berupa tabung saham amanah yang akan membolehkan keluarga peneroka Felda menerima dividen.

Setiap peneroka juga akan mendapat pink-form bagi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Kakitaangan Felda dari pelbagai jawatan juga mendapat habuan berupa bonus tambahan iaitu dua setengah bulan gaji.

Pengumuman Perdana Menteri itu benar-benar menggembirakan warga Felda, bukan sahaja di kalangan peneroka, malahan isteri mereka, anak-anak generasi kedua serta kakitangan yang bertugas dengan Felda.

Beliau mengumumkannya dalam majlis sejahtera peneroka bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Pahang sebentar tadi yang dihadiri oleh lebih 40,000 warga peneroka dari seluruh negara.

sumber : di SINI

AKU: tak kira lah sama ada penyokong BN atau penyokong PR yang menjadi peneroka Felda, semua akan rasa. Semua dapat apa yang mereka patut dapat. Harap DS Najib akan lihat juga di lain2 skim tanah rancangan seperti Felcra dan selanjutnya lah..

3 comments:

Unknown said...

lu ada tanah felda ke bro? kalau ada wa nak mintak belanja teh tarik TG MALIM. hihi!

Unknown said...

Mintak PM jgn bagi sikit2 bro. kalau bagi sikit2 lu faham jer la . Kat felda mmg tak de sungai tapi buaya banyak. bukan buaya yg makan udang tapi buaya yg makan RM.

ASHAMSURI said...

hahaha..sahabat..
aku xde tanah felda bro..ape pun xde..harap2 Najib bagi sekelepok la..senang dia org nak buat perancangan, nak g haji ke, ape ke..lau bagi sikit2 alamat tak jadi ape lah duit tu..

setakat teh tarik, bila2 boleh bro..xperlu tunggu duit felda hehehe..ada sikit, sama2 minum teh..ada lebih skit boleh lah tambah ais hahahaha..

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...