Wednesday, July 18, 2012

Pelancaran Jalur Gemilang Ng. Perak - Bukti Rakyat Selesa Dengan Pimpinan MB Perak

Malam tadi telah dilancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang secara serentak di seluruh negara. Bagi Negeri Perak, Daerah Kuala Kangsar telah dipilih sebagai pusat pelancaran. Bertempat di Dataran Arena Square Kuala Kangsar, majlis sempurna dilakukan oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar Perak.

Kempen di Perak lebih menarik kerana bendera tersebut akan diarak ke seluruh daerah dalam negeri Perak mengunakan 155 buah motosikal berkuasa besar yang di ketuai oleh Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Naib Presiden UMNO Kebangsaan.

Signifikan pemilihan angka 155 buah motorsikal ialah 1 untuk 1Malaysia dan 55 sempena ulang tahun kemerdekaan negara. Kehadiran beribu orang yang hadir memenuhi ruang arena menunjukkan sambutan dan penerimaan rakyat terhadap pimpinan Menteri Besar semakin diterima.

Dengan jumlah kehadiran yang besar walaupun tanpa penyediaan wang saguhati, pengangkutan, makanan dan keadaan hujan membuktikan tanda sokongan masyarakat setempat. Kat sini adalah sikit gambar gambar program berkenaan yang aku snap guna camera handphone cap ayam aku hahaha..



antara Ribuan Ynag Hadir

Bersedia Untuk Melepaskan Pasukan Konvoi

AC Mizal dan Mr Os turut memeriahkan suasana


Gimik Pelancaran


1 comment:

Unknown said...

Tahniah. Semoga Jalur Gemilang turut meriah dikibarkan di seluruh Bahagian Tanjong Malim.

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...